HealthFreedomUsa.org
Health Freedom
Threats: Codex, FDA, Vaccinations, GMOs
(Ancaman Kebebasan
Kesihatan : Codex, FDA, Vaksinasi, GMOs)
Codex Alimentarius (World Food Code)
Summarized in 7 Points
Codec Alimentarius (Kod Makanan
Dunia)
Diringkaskan kepada 7 Perkara
Terjemahan oleh: Raden Agus Adiputra
Sumber informasi: www.healthfreedomusa.org
HealthFreedom USA.org. , adalah laman sesawang
Natural Solutions Foundation, tidak terikat dengan sesiapa: kepentingan kami
adalah kebebasan perubatan. Rima E. Alinbow, MD, pengamal
perubatan semulajadi semenjak 1970’an , telah mengkaji 16,000 mukasurat dokumen
Codex. Kesimpulan beliau adalah orang yang mengatakan Codex adalah “perlindungan
pengguna”, “secara sukarela”, atau “tidak merbahaya” adalah sebenarnya tersalah
faham.
1) Bermula dalam tahun 1962 oleh PBB, dikuatkuasa
oleh Sekatan-sekatan WTO
Codex Alimentarius telah diujudkan dalam tahun 1962 sebagai peraturan dagangan oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu untuk mengawal perdagangan makanan
antarabangsa. Pada awalnya, ia bertujuan untuk kemanusiaan tetapi telah diambil
alih oleh kepentingan korporat, terutamanya
pharmaseutikal, racun serangga, teknolgi-bio dan industri kimia. Codex
Alimentarius adalah disokong oleh peraturan-peraturan dagangan Organisasi
Dagangan Dunia yang sangat lemah. Mana-mana negara yang tidak mempunyai
pengiktirafan Codex akan menghadapi tindakan besar ekonomi yang mana secara
automatik akan kehilangan dagangan makanan dengan negara yang memiliki taraf
Codex.
2)
“Nutrisi adalah Toksid” Sains Lapuk
Codex Alimentarius Commission (CAC) memiliki dua
jawatankuasa yang mempengaruhi nutrisi.
Satu darinya adalah “Codex Committee on Nutrition and
Foods for Special Dietary Uses (CCNFSDU)” yang dipengerusikan oleh Dr. Rolf
Grossklaus, seorang doktor yang percaya bahawa nutrisi tidah berperanan dalam
kesihatan. Ini adalah ‘orang atasan’ untuk polisi nutrisi Codex, dan dia yang
mengatakan bahawa “nutrisi tiada kena-mengena langsung dengan kesihatan”
Sebagaimana yang dianya tidak percaya, Dr Grossklaus
sebenarnya mengumumkan yang nutrisi adalah toksin pada 1994 dan menetapkan
penggunaan ‘toxicology’ (penilaian risiko) untuk membendung nutrisi dari
impaknya kepada manusia yang mengambil pemakanan tambahan (nutrisi/ makanan
berkhasiat). Lebih teruk lagi, apabila Dr. Grossklaus memilki Syarikat Penilaian
Risiko dan menjadi penasihat CCNFSDU dan
Codex dalam isu ini. Syarikat ini membuat duit bila khidmat ‘toxicology’
digunakan untuk ‘penilaian’ nutrisi-nutrisi. Di Amerika Syarikat kita
memanggilnya sebagai ‘konflik kepentingan individu’.
Codex adalah terbina atas ribuan paras ketetapan dan
garispanduan (standards and guidelines). Salah satu darinya adalah, Garispanduan
Vitamin dan Garam Galian (Vitamin and Mineral Guideline – VMG, digubal untuk
membenarkan hanya jumlah tersangat kecil vitamin dan garam galian dan
menjadikan penggunaan nutrisi klinikal yang efektif sebagai menyalahi
undang-undang) Bagaimana VMG menghadkan dos vitamin-vitamin dan garam galian?
Dengan menggunakan Penilaian Risiko (toxicology) untuk menilai nutrisi-nutrisi
r k l (
@_
ktif sebagai menyalahi
undang-undang) Bagaimana VMG menghadkan dos vitamin-vitamin dan garam galian?
Dengan menggunakan Penilaian Risiko (toxicology) untuk menilai nutrisi-nutrisi
Sementara
Penilaian Risiko itu adalah sains yang sah ( cabang toxicology), ianya sains yang
tidak betul untuk menilai nutrisi-nutrisi. Kenyataannya, dalam hal ini, ianya
adalah bidang sains yang sudah lapuk. Bio-kimia, Sains proses kehidupan, adalah
bidang sains yang sebenarnya untuk menilai nutrisi-nutrisi. Codex Alimentarius
mengatakan nutrisi-nutrisi adalah toksin, adalah satu perkara yang tak masuk
akal.
Nutrisi-nutrisi
bukanlah toksin – kesemuanya adalah sangat diperlukan untuk kehidupan.
Walau apa pun yang pihak Codex alimentarius
katakan untuk menyakinkan anda yang Penilaian Risko adalah berasaskan kaedah sains
berkenaan nutrisi-nutrisi, sebenarnya ia adalah sebaliknya.
Dan
adalah berbaloi mengulanginya bahawa Dr.
Grossklaus, ketua Codex Alimentarius, memiliki syarikat Penilaian Risiko,
penasihat CCNFSDU dan Codex untuk ‘keuntugannya” dengan menggunakan Penilaian
Risiko ke atas nutrisi-nutrisi.
Sementara
Penilaian Risiko itu adalah sains yang sah ( cabang toxicology), ianya sains yang
tidak betul untuk menilai nutrisi-nutrisi. Kenyataannya, dalam hal ini, ianya
adalah bidang sains yang sudah lapuk. Bio-kimia, Sains proses kehidupan, adalah
bidang sains yang sebenarnya untuk menilai nutrisi-nutrisi. Codex Alimentarius
mengatakan nutrisi-nutrisi adalah toksin, adalah satu perkara yang tak masuk
akal.
Nutrisi-nutrisi
bukanlah toksin – kesemuanya adalah sangat diperlukan untuk kehidupan.
Walau apa pun yang pihak Codex alimentarius
katakan untuk menyakinkan anda yang Penilaian Risko adalah berasaskan kaedah sains
berkenaan nutrisi-nutrisi, sebenarnya ia adalah sebaliknya.
Dan
adalah berbaloi mengulanginya bahawa Dr.
Grossklaus, ketua Codex Alimentarius, memiliki syarikat Penilaian Risiko,
penasihat CCNFSDU dan Codex untuk ‘keuntugannya” dengan menggunakan Penilaian
Risiko ke atas nutrisi-nutrisi.
3) Bukan Perlindungan
Pengguna – Itu adalah Propaganda
Sehubungan dengan propaganda, Codex Alimentarius tiada
kena mengena dengan perlindungan pengguna. Bohong! Codex adalah mengenai
cita-cita ekonomi syarikat-syarikat multi-nasional, terutamanya industri
pharmaseutikal.
Kefahaman saya (Raden Agus): Jika ramai orang di dunia mengamalkan pemakanan berkhasiat dan
mengambil makanan-makanan tambahan yang berkhasiat (food supplement) maka
ramailah orang yang akan menjadi sihat dan tidak mudah terkena penyakit. Jika
demikian adanya, maka tidak ramai yang akan ke klinik atau hospital untuk
mendapat rawatan. Seterusnya tidak ramai yang akan membelanjakan wang untuk
membeli ubat, dengan itu industri ubat-ubatan (pharmasiutikal) akan kerugian
besar. Sebab itu, Codex membuat propaganda bahawa nutrisi adalah tidak baik
untuk kesihatan (toksid)!!! Perkara yang sama terjadi dalam industri internet
dimana syarikat-syarikat pengeluar anti-virus sendirilah yang mencipta
virus-virus komputer, menyebarkannya, kemudian mempromosi anti-virus ‘upgrade’
untuk membunuh virus tersebut……cerita lama….’Bomoh Hantu Moden’ menghantar
hantu-hantunya kepada mangsa….dia sendiri yang menjadi pengubatnya, Para Bomoh
kaya raya dapat duit dari khidmatnya dan tak payah bayar cukai!!!
Melalui bajet pemasaran mereka yang berbiliun dolar,
industri-industri tersebut telah melancarkan propaganda media yang sangat
hebat, berkempen menggambarkan Codex Alimentarius sebagai alat ihsan untuk “perlindungan
pengguna”, begitu juga mereka menggambarkan secara negatif imej pilihan
kesihatan semulajadi dan mengelirukan orang supaya khuatir dan takut, dengan
itu orang akan mengambil ‘dadah’ (yang sebanrnya sangat merbahaya). Produk
pilihan kesihatan semulajadi sebenarnya mempunyai rekod keselamatan yang sangat
cemerlang dan sangat efektif, jika dibandingkan
dengan dadah pharmaseutikal.
Malangnya, satu-satunya yang mempertahankan
kebebasan kesihatan seperti ‘Nutritional Foods Association’ dan ‘Council for
Responsible Nutrition’ (CRN) telah bersekutu dengan mereka mencanang dan menyebar informasi palsu
mengatakan bahawa Codex Alimentarius itu ‘tidak merbahaya’ dan ‘melindungi
pengguna”. Kedua-duanya adalah tidak benar.
Keahlian mereka ‘yang mempertahankan
kebebasan kesihatan’ ini telah ‘dirasuki’ oleh orang-orang dari industri
pharmaseutikal ( sebagai contoh CRN adalah dikira sebagai ahli-ahli kumpulan
seperti Monsanto® dan Bayer® - BOYKOT
MONSANTO & BAYER!!!)
4) Codex : Ancaman Serius
Kesihatan dan Kebebasan Kesihatan
Jika Codex Alimentarius
dilaksanakan di Amerika Syarikat, dos teraputik(penyembuhan) vitamin-vitamin
dan garam galian ( dan kesemua nutrisi akan terlibat kelak) akan dilupuskan
kerana ia secara pernyataan menjadi kesalahan.
Ianya akan menjadi
begini, dalam kotak pemikiran (mind controlled):
Sehubungan dengan
penggunaan sains lapuk Penilaian Risiko (toxicology) untuk menganalisa nutrisi-nutrisi bertoksid, kepalsuan
kepercayaan akan diterapkan (kedalam minda pengguna) bahawa “ nutrisi-nutrisi
tambahan adalah membahayakan kesihatan manusia”.
Perakuan membuta tuli
tersebar dari tangan ke tangan dengan kekurangan aktivisem. Kekurangan
tentangan aktivis-aktivis ini membolehkan perlindungan undang-undang kita,
mengklasifikasikan nutrisi-nutrisi sebagai makanan tidak terhad (seperti DSHEA)
, dengan senangnya diubah dan diganti dengan undang-undang ‘draconian’ untuk
mengklaskannya sebagai toksin. Dan keharmonian dengan penyakit-penyakit,
industri-industri pharmaseutikal yang bergarispanduan pro-vitamin dan garam
galian akan dimansuhkan.
Hanya sekadar meletakkan
syarat, dos-dos sangat kecil nutrisi tambahan akan dibenarkan, dengan priskripsi
atau tidak ke atas senarai VMG(garispanduan senarai vitamin-vitamin dan garam
galian). Jika ramai orang tidak bertindakbalas, kita akan melihat
pengilang-pengilang nutrisi-nutrisi tambahan dan juga kedai-kedai makanan kesihatan akan
memberhentikan perniagaan secara menyeluruh. Hanya satu saja yang tinggal dalam
pasaran, iaitu Pharma Besar.
Vitamin-vitamin grade
penyembuhan, garam-garam galian, dan asid amino akan lenyap dari pasaran (walau
pun sedikit dos-dos kecil tambahan dibenarkan oleh Codex, sebagai ukuran
simbolik untuk mengelak keraguan mengenai motif tersirat dan tersembunyi
mereka)
Para profesional
kesihatan semulajadi akan kehilangan alat untuk berdagang (nutrisi-nutrisi
tambahan) dan orang yang mementingkan kesihatan tidak akan berupaya untuk
memilih pilihan kesihatan semulajadi untuk promosi kesihatan dan merawat
penyakit.
Dan begitulah, dalam kotak minda, bagaimana Codex Alimentarius
berazam untuk melenyapkan Ubat-ubatan Nutrisi semulajadi dari dunia sihat yang
sah. Siapakah yang beruntung? Pharma Besar.
Ianya
akan mengambil masa beberapa tahun untuk senario-senario di atas menjadi
kenyataan (Codex Alimentarius telah dirancang digunapakai secara global dalam
tahun 2010). Lebih lambat proses dibuat, akan lebih lambat menyedarkan manusia.
Itulah sebagai logik kepada perancang-perancang Codex Alimentarius.
5) Khidmat Kepentingan Ekonomik Industri-industri Penyakit-penyakit
Melalui WTO dan Kod Napoleonic.
Semakin hari semakin ramai bertukar kepada produk
kesihatan semulajadi seluruh dunia. ‘Kesihatan’ adalah satu gaya hidup utama
dalam masyarakat hari ini. Lebih banyak produk-produk kesihatan yang orang
gunakan, akan berkurangan orang membeli dadah (ubat perubatan moden). Industri
pharmaseutikal, dimana ianya adalah sebahagian dari ‘Industri
Penyakit-penyakit, bimbang dengan perubahan mendadak terhadap penjagaan
kesihatan semulajadi.
Disebalik penerimaan kehendak orang ramai, dan berfikir tentang
masa depan industri pharmaseutikal , industri tersebut telah membuat keputusan dengan
tindakan-tindakan yang tidak beretika: pengunaan muslihat dan kepalsuan untuk
melenyapkan produk-produk kesihatan semulajadi secara menyeluruh.
Codex Alimentaarius
adalah badan yang licik melindungi industri pharmaseutikal dari kehilangan
pendapatan dan kerugian berikutan perkembangan pesat penjagaan kesihatan
semulajadi.
Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) merancang untuk
memaksa mematuhi Codex Alimentarius keatas seluruh negara-negara di dunia,
termasuk Amerika Syarikat. Ini akan dilakukan melalui ancaman sekatan-sekatan
besar ekonomi jika negara-negara berstatus WTO tidak mematuhi Codex
Alimentarius.
Tambahan lagi, Codex adalah berasaskan kod Napoleonic,
bukannya ‘Common Law’. Ini bermakna, dibawah Codex Alimentarius, segala perkara
yang tidak jelas dan dibenarkan adalah terlarang. Di bawah ‘Common Law’ , kita
berpegang kepada apa juga yang tidak
jelas terlarang adalah dibenarkan. Perbezaannya ialah di antara kebebasan
kesihatan dan penguasaan kesihatan (Pendapat Raden Agus: Apakah Codex Alimentarius dan ‘datuknya’ PBB
berkuasa menentukan kesihatan dan penjagaan kesihatan manusia?... Mereka sebenarnya
ingin cepat membunuh manusia, ingat Agenda 21 NWO….mengurangkan populasi
manusia sehingga 90%?). Codex Alimentarius
akan berupaya untuk melarang nutrisi-nutrisi tambahan secara ‘penjajahan’.
6) DSHEA Melindungi Amerika dari Codex Alimentarius
Akta ‘Dietary
Supplement Health and Education (DSHEA 1994), satu undang-undang Amerika
mengklasifikasikan nutrisi tambahan dan herba-herba sebagai makanan-makanan (
yang mana tiada had dalam penggunaannya), telah diluluskan secara konsensus
Kongres ekoran dari sokongan akar-umbi, di kelolakan oleh kedai-kedai makanan
kesihatan. Ramai aktivis Amerika memberi kata dua kepada kongres tanpa syarat:
“Lindungi
nutrisi-nutrisi tambahan sebagai makanan-makanan, atau kami gugurkan jawatan
anda sebagai ahli kongres”
Kongres mendengar
seruan tersebut dan meluluskan kehendak masyarakat.
DSHEA dengan betulnya
mengklasifikasikan nutrisi-nutrisi tambahan sebagai makanan yang mana tiada
paras atau had dalam penggunaannya.
DSHEA mengesahkan bahawa orang yang menggunakan nutrisi adalah selamat mengikut
perbezaan keperluan nutrisi individu-individu. Apakan nutrisi toksin? Tidak,
ianya bukan toksin. Ianya adalah bahan-bahan yang perlu untuk mengelak, merawat
dan memulihkan keadaan kronik, dalam dos berbeza pada satu masa mengikut
keserasian orang.
DSHEA melindungi AS
dari garispanduan merbahaya vitamin-vitamin dan garam galian Codex
Alimentarius. Kita mesti mendesak ahli-ahli kongres, membimbing mereka
berkenaan fakta-fakta Codex Alimentarius dan mengarahkan mereka untuk tidak
mengundi apa jua yang mengancam DSHEA.
Kongres memegang
kunci kepada kebebasan kesihatan. Dan adalah kerja mereka untuk mematuhi kita.
Kita telah melakukankanya pada 1994. Kita boleh lakukannya tahun ini.
7) Tindakan Anda Diperlukan Sekarang!
DSHEA sedang dalam serangan legislatif ketika ini.
Perutusan surat anda adalah sangat penting: jika ahli-ahli kongres tahu yang
mengundi menentang kebebasan kesihatan bermakna mereka akan kehilangan jawatan
ketika akhir musim mengundi, mereka akan dengar. Tugas kita adalah untuk
memastikan mereka mendapat mesej dengan lantang dan jelas. Ambil tindakan
melalui 3 langkah mudah dan hantarkan email individu ke Kongres sekarang ini.
Selepas mengambil
tindakan untuk HealthFreedom.org, fikirkan untuk bersatu dengan yang lain-lain
dalam kawasan anda dan lawati ahli-ahli Kongres di pejabat-pejabat mereka. Jika
kita menunggu, kebebasan kesihatan kita akan hilang. Jika kita “HARMonize”
dengan Codex, jika sebaliknya tindakan kita, kita tidak akan lagi mempunyai
hak, sementara kita kelak akan dimiliki oleh WTO, menerima atau menukarkan ‘HARMonization”!
Kesimpulan
Matlamat pro-Codex
Alimentarius adalah untuk “merebus katak secara perlahan” jadi kita tidak akan
menyedarinya untuk mengelak Codex.
Sekali kita “HARMonize”
dengan Codex-Alimentarius, sejajar dengan kita berada dalam WTO, kita tidak
boleh merobah atau menukar apa yang kita telah “HARMonize” itu.
Codex Alimentarius
akan digunapakai secara global pada 31 December, 2009, kecuali kita menolaknya.
Pendapat
Raden Agus: Harap
Codex-Alimentarius ini tidak digunapakai oleh Kerajaan Malaysia. Tetapi tekanan
ke atas Kerajaan Malaysia mungkin ada. Untuk dalam negara rasanya tidak berlaku
perkara ini sebab masih banyak syarikat-syarikat produk kesihatan beroperasi secara multi-level marketing ketika
ini. Namun sedikit kelainan dinegara kita. Nampaknya ada kes-kes terpinggir
yang melibatkan produk-produk kesihatan yang memasarkan produk-produk yang mengancam
kesihatan, seperti produk kecantikan dan kosmetik yang boleh merosakkan kulit
muka. Terbaru (lapuran dalam berita tv semalam) adalah produk kelangsingan
badan yang mengandungi bahan-bahan terlarang yang membahayakan kesihatan
dikesan di Puchong.
Pesanan untuk diri sendiri, saudara dan saudari:
Berhati-hatilah dalam memilih dan menggunakan produk-produk kesihatan yang
terjual di pasaran. Pilih jenama-jenama syarikat yang terkenal dan disahkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja dan yang pentingnya ‘Halalan
Toyyiban’. Mengamalkan produk-produk herba itu adalah baik untuk kesihatan.
Adalah lebih baik amalkan memakan ulam-ulaman yang ‘fresh’ seperti petai dan
jering kerana ia adalah sumber hutan semulajadi yang tidak dipengaruhi baja
kimia dan racun serangga - mengelak
dari terkena penyakit kencing manis. Berkorban belanjakan wang untuk membeli
penapis air kerana masalah pencemaran air (mengandugi bahan-bahan toksin
seperti klorin, florida dan sebatian logam – plumbum) adalah punca utama
penyakit, kesihatan tubuh badan terjejas menyebabkan sistem pertahanan tubuh
menjadi lemah untuk melawan kuman-kuman dan virus-virus.
‘MENCEGAH
ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT’
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.