Panji Hitam

http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif

Friday 2 March 2012

Episod Akhir Sandiwara Bumi III

Pelan Strategik Yahudi Zionist Sedang Dilaksanakan Tanpa Kita Sedari


Agenda 21 - Mengurangkan Populasi Dunia Sehingga 90%???
oleh: Raden Agus Adiputra
2 Mac, 2012


I

Ya Ikhwannul Muslimin. Assalamualaikum Warahmatullah.

Maklumat-maklumat yang akan disampaikan ini adalah hasil dari kaji selidik orang-orang barat sendiri dan didedahkan kepada umum agar kita 'sedar' dari kealpaan hidup yang kita rasakan selesa, senang, bahagia dan sebagainya, dan ditakdirkan ada dikalangan  kita ini masih lagi mempunyai pekerjaan untuk menyara hidup sekeluarga, dan hidup dalam negara yang aman makmur. Tapi sedarkah kita dunia kini secara global sedang sengit bergolak dan berada pada saat genting diambang Perang Dunia Ke-3? Jika berlaku perang dunia, apakah negara kita tidak akan diseret masuk ke dalam kancah perang dunia? Sejarah melalui Perang Dunia Pertama dan Ke-2 telah mengajar kita bahawa segala aktiviti kehidupan manusia seluruh dunia akan lumpuh, ekonomi, politik dan sebagainya akan terhenti dan keadaan akan menjadi huru-hara.

Seperti paparan maklumat yang disampaikan sebelum ini, agenda pertama  Yahudi Zionist melalui cabang-cabang pertubuhannya seperti Illumicorp, watak-watak Yahudi Zionist yang dipegang oleh keluarga Rothschild menguasai sistem perbankan dan  kewangan dunia telah  tercapai. Mereka berjaya memerangkap  umat Islam dan masyarakat dunia dengan sistem kewangan jahat iaitu apa yang Islam panggil sebagai RIBA'.

Sistem kewangan adalah asas kepada ekonomi samada pada skala mikro atau makro. Umpama tok dalang wayang kulit, Keluarga Rothschild adalah pencetus kepada perang dunia pertama dan kedua dan dalam masa yang sama membiayai kerajaan-kerajaan barat seperti Britain, Perancis, Jerman dan lain-lainnya untuk bajet logistik perang tersebut. Mereka juga yang menjadi 'batu api', mengadu domba masyarakat dunia agar terlibat dengan peperangan supaya mereka dapat mengaut untung, memuaskan nafsu serakah mereka. Bila perang berakhir, negara-negara yang berhutang (termasuk keluarga diraja Britain) tidak mampu untuk melunaskan hutang mereka. Inilah apa yang mereka inginkan, yang berhutang akhirnya terpaksa tunduk kepada yang memberi hutang. Mereka akan diangkat menjadi penasihat kerajaan-kerajaan dan segala kemahuan mereka terpaksa dipatuhi. Kekayaan menjadi senjata ampuh bagi keluarga Rothschild untuk menguasai kewangan Eropah dan Amerika Syarikat dengan memiliki hak menubuhkan bank-bank pusat di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (Federal Reserve Bank). Secara tidak langsung mereka menguasai dunia keseluruhannya kerana merekalah yang berkuasa dalam Bank Dunia!

Kini mereka telah pun menyiapkan pelan agenda seterusnya untuk menguasai dunia. Mereka yakin dengan kemampuan mereka dan merasa kuasa dunia ditangan mereka. Bagi memudahkan mereka mentadbir dunia secara total, POPULASI DUNIA mesti dikurangkan sehingga 90%!!! Berapakah jumlah bilangan manusia, 90% dari populasi manusia kini yang berjumlah hampir 7 biliun orang? Jawapannya adalah 6.3 biliun atau dalam angkanya adalah 6,300,000,000 orang. Cara mudah dan cepat untuk melenyapkan manusia seramai itu adalah..........Perang Dunia ke-3 dengan senjata Nuklear (Bom nuklear adalah beribu kali ganda kuasanya dari bom atom yang pernah di jatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki). Mungkin ada  dikalangan anda tertanya-tanya, jika perang nuklear berlaku, apakah mereka akan selamat? Mereka yang merancang, sudah tentu mereka telah membuat persiapan yang rapi. Mereka telah membina 'bunker-bunker' malah 'istana' bawah tanah  yang akan 'kebal nuklear ', cukup lengkap dengan bekalan serta logistiknya sehingga dunia kembali 'bersih' dari persekitaran radioaktif nuklear. Mereka yakin sungguh perancangan mereka akan berhasil, namun kita sebagai Umat Islam mesti menyakini dengan iman yang teguh bahawa rencana Tuhan (Allah SWT) jua mengatasi segalanya. 

Sementara sampai masa terjadinya perang nuklear, mereka mempunyai cara-cara lain yang sememangnya dijalankan secara rahsia. Tidak perlu saya huraikan secara lebar kerana pembacaan menjadi satu yang membosankan ramai orang. Lebih baik anda saksi dan dengar sendiri paparan  interaktif berikut, jika anda insaf untuk mengambil tahu apa yang sedang berlaku di zaman yang sedang kita lalui sekarang ini.................









           

                             

          

          

                          

                          

                          


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.