Panji Hitam

http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif

Saturday 3 March 2012

Episod Akhir Sandiwara Bumi IV

Rencana Agenda 21(Abad ke-21) PBB vs Rencana Allah SWT.

oleh : Raden Agus Adiputra
3 Mac 2012

Assalamualaikum Warahmatullah Ya Ikhwanul Muslimin.


Jika anda mengikuti paparan maklumat di bahagian Episod Akhir Sandiwara Bumi III, mungkin ada di antara kita yang berasa gusar atau ragu. Hakikatnya, kita sedang 'terperangkap' dalam era zaman yang penuh dengan kekejaman, keganasan dan kesengsaraan sepertimana yang Allah pernah firmankan dalam Al Quran dan penyampaian hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Itulah intipati episod-episod 'Sandiwara Bumi' dari zaman Nabi Adam sehingga akhir zaman, pertentangan antara 'Kebaikan dengan Kejahatan (Good vs Evil) berterusan, yang dimainkan oleh watak-watak manusia baik dan watak-watak manusia jahat. Manusia baik percaya kepada ujud dan berkuasanya Tuhan. Tidak kira ugama apa manusia itu berpegang, mereka percaya kepada adanya Tuhan, hanya akidah jua yang membezakan mereka. Yang pasti, persamaan mereka adalah percaya kepada keamanan, kesejahteraan dan hidup secara harmoni di bumi yang fana ini. Sebaliknya, manusia-manusia jahat mengambil 'Iblis' sebagai Tuhan dan nafsu mereka menjadi 'Raja' pemerintah mereka. Mereka ingin menguasai dunia dan tidak percaya sama sekali dengan kehidupan abadi di negara akhirat kelak. Malah mereka lansung tidak percaya adanya Tuhan yang Maha  Esa dan Maha berkuasa. Mereka percaya tiada kehidupan kekal selepas kematian dan sementara hidup didunia ini, mereka melakukan apa saja menurut kemahuan nafsu serakah mereka. 

Berbalik kepada Agenda 21 PBB yang dipelopori oleh Yahudi Zinoist, yang ingin melenyapkan 90% populasi bumi, apakah anda yakin perancangan mereka akan berhasil? Anda boleh perolehi jawapannya dengan merujuk kembali Al Quran dan al-hadith. Yakinilah, Rencana Allah S.W.T jualah yang mengatasi semuanya, yang benar. Samada apa yang sedang berlaku dan kita lalui ini dan apa  yang akan berlaku kemudian hari, telah diperjelaskan dalam Al Quran. 

Sesungguhnya Yahudi Zionist merasa bimbang dengan pertambahan populasi Umat Islam seluruh dunia terutamanya di wilayah Eropah. Mereka mengakui POPULASI  adalah 'faktor utama yang akan membentuk sebuah budaya, peradaban dan negara'. Mudah jua maksud pernyataan tersebut - 'jika tiada watak-watak atau pelakon-pelakon maka tidak akan ujud sebuah cerita atau sandiwara'.

Muamar Ghadafi pernah berkata semasa hidupnya:

 "Terdapat tanda-tanda yang Allah akan menganugerahkan 
kejayaan kepada Umat Islam di Eropah tanpa pedang, tanpa senjata dan tanpa 
menjajah. Kita tidak memerlukan pengganas, kita tidak memerlukan pengebom
berani mati. Lebih 50 juta umat Islam (di Eropah) akan menukarkannya menjadi
Wilayah Islam hanya dalam masa beberapa dekad."

Ikuti paparan berikut selanjutnya:

                             

           

                           

                           

                           

         


bersambung...........




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.