Panji Hitam

http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif

Monday 12 March 2012

"Moral of The Stories"

oleh: Setiausaha Santai Keluarga Saman 2012

Berikut adalah beberapa senario (watak-watak cerita mungkin tak logik, sekadar iktibar) yang memerlukan anda memberikan pendapat - "Moral of The Stories" atau 'Yang Tersirat Disebalik Yang Tersirat". Sekurang-kurangnya dapat juga melatih minda kritikal anda. Harap ahli-ahli Saman semua dapat ambil bahagian dan respon dengan penuh 'sporting'. Ikut 'Sifu' cerita katun pun boleh dijadikan iktibar dan pengajaran pada kita. Kita kena latih minda kita, bukakan pintunya untuk menjadi minda yang kritis dan kreatif.........

Senario 1: 

Ayam Tua Yang Seksi 

Di sebuah ladang ternakan ayam... Kelihatan seekor ayam jantan yang tua duduk termenung... Masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan tuannya untuk membeli ayam jantan yang masih muda... Apa tidaknya... Di kawasan yang mempunyai 25 ekor ayam betina itu... Hanya dirinya saja yang jantan dan diharapkan untuk memastikan ayam betina yang lain mampu bertelur... Sedangkan dirinya sudah semakin tua... Mana la laratkan... 

Suatu hari, seekor ayam jantan muda mula berada disitu. Pasti dibeli oleh tuannya. Si ayam muda begitu angkuh membawa ayam- ayam betina di hadapan ayam jantan tua... Ayam jantan tua hanya mampu memandang dengan menahan marah serta tersenyum sinis saja. Dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda yang pernah hadir dikawasan itu... Namun kerana kepintarannya dia berjaya mengusir semua ayam- ayam jantan yang lain. 

Apa kata kau beri aku 10 ekor ayam betina... Kau ambillah lagi 15 ekor. Kata ayam tua... Mana boleh. Kau tu dahlah tua. Bagi canlah kat aku yang muda ni. Kata ayam jantan muda dengan keangkuhannya yang melampau. Lantas ayam tua mencadangkan agar satu perlumbaan diadakan dan pemenangnya berhak mendapat semua ayam betina yang ada. Si ayam muda pun bersetuju... 

Pertandingan yang ditetapkan adalah lumba lari 400m... Tetapi ayam tua meminta supaya dia dibenarkan berlari dulu memandangkan dirinya yang sudah tua... Ayam muda pun bersetuju. Ayam tua mula berlari... Nun dihujung sana ayam muda mula berlari dan mengejar. Semakin hampir. Dan tiba- tiba... 

DUMMMMMMMM... Tuannya menembak si ayam muda... Dengan kesal mulutnya membebel... AKU TAK TAU KENAPA AYAM JANTAN MUDA YANG AKU BELI NI SUMERNYA spice... TAUNYA KEJAR AYAM JANTAN JUGAK... DAH LA TU... NGAN AYAM JANTAN TUA PUN DIA NAK LAYAN!!!!!!!! 

.....Ayam tua tersenyum kemenangan dengan penuh kepoyoran...

Jadi, apakah 'Moral of The Story' Senario 1 ini?

Senario 2:


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : 


Cikgu Murni: Apa sebenarnya masalah awak, Abu? 
Abu: Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki 
       UPSRdan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di 
       tempat yang sama juga!". 


Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. 


Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan. 


Pengetua: Apa 3 x 3? 


Abu: 9 


Pengetua: Apa 6 x 6? 
Abu: 36 


Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata:
"Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6";


Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua: 
"Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". 


Pengetua dan Abu bersetuju. 


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua? 


Abu: (berfikir) Kaki 


Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya? 


Abu: Saku 


Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya 
                  berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis 
                  keputihan? 


Abu: Kelapa 


Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik 
                  dan melekit? (Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat 
                  dia menahan, siAbu terus menjawab). 


Abu: Gula-gula getah (Bubblegum) 


Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara 
                  duduk dan anjing secara tiga kaki? (Mata Pengetua sekali lagi 
                  terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan 
                  si Abu terus menjawab.


Abu: Bersalaman 


Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk SIAPAKAH 
                  SAYA, okay? 


Abu: Baik Cikgu 


Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk 
                  saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. (Pengetua kelihatan 
                  resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.)


Abu: Khemah 


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak 
                  teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu. 
                  (Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk 
                  segelas Nescafe 3in1.


Abu: Cincin perkahwinan 


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan 
                  meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila 
                  awak hembuskan saya, akan berasa lega. (Sekali lagi pengetua 
                  rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni 
                  dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.


Abu: Hidung 


Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang 
                  dan masuk dengan lajunya. 


Abu: Anak panah 


Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay? 


Abu: Okay 


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means 
                  lot of heat and excitement? 


Abu: Firetruck 


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it 
                  you have to use your hand. 


Abu: Fork 


Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men 
                  than on others, the pope does not use his, and a man gives it to 
                  his wife after they are married? 


Abu: Surname 


Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of 
               veins and loves pumping? 


Abu: Heart 


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata:


"Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah!!!"


So.....What is the moral of the story??? ....berikan jawapan anda dalam comment box.




Senario 3:


Soalan Duga Akal Imam Al-Ghazali
Suatu hari, Imam Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Ghazali bertanya......


Soalan 1:
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? 


Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.  Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. etapi, yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185).


Soalan 2:
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini? Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang." Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar. Tetapi, yang paling benar adalah 'masa lalu'. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Soalan 3:
"Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tetapi, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah 'nafsu' (Al A'raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Soalan 4:
"Apa yang paling berat di dunia ini? Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tetapi yang paling berat adalah 'memegang AMANAH' (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi Khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T. sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.


Soalan 5:
"Apa yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara aktiviti dunia kita tinggalkan solat.


soalan 6:
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Muridnya-muridnya menjawab serentak, pedang..... Benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah 'lidah manusia'. Kerana melalui lidah, manusia dengan gampangnya MENYAKITI HATI dan MELUKAI PERASAAN
saudaranya sendiri!!!

Jadi.....'Moral of The Story' nye ape??? .....Tepuk Dada Tanya IMAN. 

Besarnya kehendak NAFSU jikalau ditanya : "Kalau kau punyai wang berjuta, kereta apakah yang akan kau beli? NAFSU : 'Lamborgini' ....nak bawa balik tunjukkan orang kampung di 'Lambor-Kanan..he he he, biar diorang 'respect' abis dengan aku'


Pemikiran Kritis (Critical Thinking)

susunan: Raden Agus Adiputra


Apakah Maksud Pemikiran Kritis?


Setiap individu, kecil atau dewasa, lelaki atau wanita, pemimpin atau bawahan, akan sentiasa berada dalam situasi yang melibatkan pemikiran kritis (Critical Thingking) terutamanya ketika proses mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. 

Didalam organisasi seperti syarikat, setiap ahli organisasi dari peringkat bawah (pekerja) hinggalah peringkat atasan, memiliki pemikiran yang kritis adalah sangat penting dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi untuk memandu organisasi ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Berikut adalah penjelasan berkenaan Pemikiran Kritis , definisi dan takrifnya secara terperinci, mudah-mudahan menjadi panduan kepada kita semua   agar berusaha mempertingkatkan kualiti pemikiran kritis kita (sumber informasi : http://eprints.utm.my/10356/1/bab9.pdf) ..........

PEMIKIRAN KRITIKAL 
oleh: Shahrin Hashim 


PENGENALAN 


Pemikiran adalah aktiviti yang  dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya. Ia juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan. 

Definisi Pemikiran Kritis 


Pemahaman terhadap pengertian pemikiran kritis harus dlihat daripada pelbagai sudut..Hal ini 
kerana, pengertian pemikiran kritis itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiapa sarjana sains pemikiran akan memberi pengertian pemikiran  kritis berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kritis? 


Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) menghuraikan  pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian.  Menurut  Nik Aziz (1994), secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran  yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisis isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah dari berbagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru. Manakala Jaafar (1995) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah pemikiran secara sistematik, secara universal dan secara radikal adalam menganalisis sesuatu secara mendalam. 


Sintesis Pemikiran Kritis 


Secara umum, berdasarkan definisi di atas  maka dapatlah disatukan pemahaman tentang pemikiran kritis, iaitu usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri (thinking of oneself) (Eugene dan James,1991). Kefahaman ini boleh disatukan berdasarkan beberapa elemen teras iaitu; 
a) Berfikir dengan menggunakan dimensi otak kiri. 
b) Berfikir menggunakan urutan dan hokum logic 
c) Berfikir untuk membuat pertimbangan dan keputusan 
d) Berfikir dengan sikap yang berhati-hati dan mengambil kira risiko dan kesan Usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri(thinking oneself) bermaksud setiap individu harus memikirkan sesuatu isu/masalah yang telah, sedang dan akan berlaku berdasarkan pemikiran sendiri, tanpa dipengaruhi oleh pemikiran orang lain. 


Pemikiran kritis mengajak kita agar berfikir dengan lebih bersistem dan terarah dalam membuat sesuatu keputusan. Dengan kata lain, keputusan yang kita buat bukan berdasarkan pemikiran orang lain. Sebarang bentuk idea, pendapat dan keputusan adalah atas pertimbangan yang tidak berbelah bahagi. 


Apa yang kita fikirkan; itulah yang kita terima sebagai hakikatnya. Sebaliknya ,  menurut Nik Aziz(1994) pemikir yang tidak kritis dikawal oleh emosi, prasangka dan kekurangan maklumat. Justeru itu mereka cenderung untuk membuat keputusan secara gopoh-gapah, bertidak secara terburu-buru dan mengemukakan jawapan yang simplisistik  kepada masalah yang kompleks. Pemikir yang kritis selalunya akan hanyut dalam arus kekeliruan antara realiti dan ideal. Pemikiran kritis menurut Scriven dan Paul (1995) ialah bentuk pemikian yang sebaris dengan “modes of 
thinking” yang lain seperti: 
a) Pemikiran saintifik 
b) Pemikiran matematikal 

c) Pemikiran historical 
d) Pemikiran ekonomikal 
e) Pemikiran moral 
f) Pemikiran kefalsafahan 


Pemikiran Kritis Rendah 


Pemikiriran kritis rendah hanya sekadar melibatkan proses kognitif (kemahiran  mikro) yang sederhana. Dengan memnggunakan kemahiran kritis mikro minda sekadar menerbitkan semula maklumat/data/pernyataan dan sebagainya  yang telah sedia ada. Minda hanya memilih, mengasingkan, memastikan perbezaan dan kelainan yang wujud dalam satu-satu kategori atau kumpulan dan antaranya seperti: 
a) membanding dan membeza 
b) membuat kategori 
c) membuat bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan 
d) menerangkan sebab  Pemikiran Kritis Tinggi Pemikiran kritis tinggi melibatkan proses kognitif(kemahiran mikro) dan metakognitif (thinking abaout thinking). Pemikiran ini,tidak hanya menggunakan kemahiran mikrokritis, ia ditambah dengan kemahiran metakognitif menerusi daya  taakulan (reasoning). 

Kita perlu mengupas, memperinci dan mengesahkan sesuatu maklumat/penyataan atau apa jua perkara dengan spesifik dan terarah. Agar daripadanya kita dapat menghindarkan pemikiran kita daripada sebarang idea yang tidak konsisten dari segi logik, dan antaranya seperti; 
a) membuat ramalan 
b) mengusul periksa andaian 
c) membuat inferens 
d) mengesahkan sumber maklumat 
e) membuat generalisasi dan 
f) mencari sebab dan membuat kesimpulan



Kemahiran Pemikiran Kritis 


Pemikiran kritis melaksanakan tanggungjawab yang sangat rapi, terarah dan bersistem. Apa jua yang dicerap oleh pancaindera-maklumat,fenomena, isi,perkara,benda akan menjalani proses saringan pada tahap sensasi dan persepsi. Pemikiran kritis akan memainkan peranan utama sesuai dengan kehendak dan objektif kita. 

Memahami dan Menilai Sesuatu Konsep dan Pengertian Konsep dan pengertian dua elemen yang penting. Pengertian merupakan subset kepada konsep. Sejak kecil hingga dewasa kita di keliling dengan pelbagai konsep. Kita belajar dan memahami konsep-konsep mudah dan kompleks. Ada ketika, kita menggunakan konsep-konsep berkenaan dalam kehidupan seharian seperti di kelas, tempat kerja, di kedai, di jalan raya dan sebagainya. 

 Konsep-konsep yang terdapat di sekeliling kita ada yang bersifat setempat dan global. Ada juga yang penggunaannya amat sempit dan hanya difahami oleh kaum tertentu, misalnya konsep ‘Feng-Shui’. Konsep ini hanya difahami  oleh kaum Cina, itu pun tidak merata. Untuk dapat memahami sesuatu konsep itu, seorang mestilah mampu mentafsirkannya dan membina satu pengertian daripadanya. Konsep ‘Jati Diri’, misalnya satu konsep yang amat abstrak untuk difahami. Kalau kita hendak mengetahui maksudnya kita bertanya kepada orang yang lebih mengetahuinya atau terus sahaja merujuk kamus yang berkaitan dengan konsep berkenaan. 


Akhirnya, kita akan dapat memahami dan mentafsirkan makna konsep berkenaan . Justeru itu, menerusi pemikiran kritis seseorang itu akan memperoleh konsep yang benar. Perbezaan antara pemikiran kreatif dan pemikiran kritis  Seperti yang dapat dilihat daripada jadual di atas, pemikiran kreatif dan kritis ditandai oleh ciriciri yang berbeza dan menekankan aspek-aspek  yang berbeza. Misalnya pemikiran kreatif bersifat genaratif, iaitu berminat mengenal pasti sebanyak mungkin jalan penyelesaian sementara pemikiran kritis bersifat selektif, iaitu menekankan pemilihan jalan penyelesaian yang terbaik. 

Dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan kedua-dua gaya pemikiran ini diperlukan. Sesuatu masalah tidak akan berjaya diselesaikan jika hanya bergantung kapada cadangan-cadangan kreatif. Cadangan-cadangan kreatif perlu dinilai, diteliti dan dipertimbangkan dengan menggunakan pemikiran kritis sebelum ia dapat laksanakan. Penilaian, penelitian dan pertimbangan yang dibuat boleh menghasilkan idea kreatif yang lebih bermutu. Dalam usaha mereka bentuk sebuah bangunan komersial misalnya, pereka bentuk boleh mengaplikasikan pemikiran kritis dengan meninjau aspek-aspek kelemahan, kecectan dan kekurangan reka bentuk bangunan komersial yang sedia ada. Hasil tinjauan ini mungkin dapat menunjukkan kelemahan dalam aspek reka bentuk bangunan terbabit secara keseluruhan, dalam aspek  mesra pengguna, ancaman cuaca dan sebagainya. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang sedia ada secara kritis dapat membantu pereka bentuk menghasilkan reka bentuk yang lebih baik. 

Sesuatu masalah juga tidak akan berjaya diselesaikan jika kita hanya bergantung kepada pemikiran kritis. Sikap kritis yang keterlaluan dapat membunuh kreativiti dan akibatnya cadangan-cadangan baru yang bernas dan berpotensi bagi menyelesaikan masalah dengan berkesan akaqn hilang begitu sahaja. Bayangkan suatu mesyuarat bagi menyelesaikan masalh kutipan derma untuk tabung PIBG yang dihadiri oleh pemikir-pemikir yang bersifat terlalu kritis. 

Besar kemungkinan kandungan mesyuarat ini hanya tertumpu kepada kritikan-kritikan negatif berkenaan cara-cara kutipan derma yang sudah dibuat, dan bukannya memikirkan cara-cara baru kutipan derma dapat dilakukan . Jika sesiapa ada memberi cadangan-cadangan baru , ia akan dikritik dengan serta merta tanpa melihatnya daripada sudut positif. 

Disebabkan sifat penilaian yang dikaitkan dengan pemikiran kritis, ramai yang menyalah tafsirnya sebagai suatu aktiviti mengkritik semata-mata, iaitu mencari kesilapan, kesalahan dan kelemahan. Mengkritik sebenarnya adalah suatu bahagian kecil  pemikiran kritis. Oleh itu, 
mendefinisikan pemikiran kritis sebagai suatu aktiviti mengkritik semata-mata adalah tidak tepat.

Bagi Ramai pakar pemikir, pemikiran kritis merangkumi aktiviti-aktiviti berfikir yang jauh lebih luas. Pemikiran kritis melibatkan pemikiran yang mendalam dan memberi pertimbangan yang serius kepada sesuatu. Bagi  Bassham (2002), pemikiran kritis meliputi pelbagai kemahiran kognitif dan intelektual yang diperlukan bagi mengenal pasti, menganalisis dan menilai sesuatu idea dengan berkesan, bagi mencari dan mengelakkan prejudis peribadi dan bias, membuat formulasi dan membentangkan sebab-sebab yang meyakinkan bagi menyokong sesuatu kesimpulan, dan membuat keputusan yang wajar dan bernas pada apa yang harus dipercayai dan ada yang harus dilakukan. 

Kesimpulannya, pemikiran kritis bukannya suatu pemikiran yang bersifat negatif. Sebalikknya ia adalah suatu pemikiran yang berdisiplin yang didasari oleh standard-standard intelektual yang jelas. 


KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS 


Pemikiran otak kiri, iaitu otak kritis banyak manfaat dan hikmahnya. Sayangnya masih ramai yang kurang menyedari akan kelebihan pemikiran  ini. Walaupun, setiap hari kita berhadapan dengan masalah yang memerlukan penyelesaian secara kritis, tetapi skema kritis itu tidak digunakan secara optimum (Jadual 4.1). Ramai  sarjana seperti Jaafar (1995), Ainon dan Abdullah (1996), Mohd Micheal (1995) yang memperkatakan tentang kelebihan pemikiran kritis ini. Sesungguhnya banyak kelebihan memiliki pemikiran kritis. 

Faedah Berfikir secara Kritis 


Seperti kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran berfikir secara kritis membawa pelbagai faedah. Ia bermanfaat bukan sahaja dalam kehidupan harian, tetapi juga dalam pekerjaan dan pembelajaran. Ia membantu kita membuat penilaian, keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. 


Faedah Berfikir Secara Kritis Dalam Kehidupan Harian 


Dalam kehidupan harian, pemikiran kritis membantu kita mengelakkan melakukan kesilapan semasa membuat keputusan. Semua orang harus membuat keputusan daripada yang kecil seperti baju mana yang perlu dipakai kepada yang besar seperti rumah apa yang mesti dibeli. Lazimnya, keputusan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan  luaran. Contoh faktor dalaman adalah sikap, persepsi, konsep diri, estim dan kepintaran. Contoh faktor luaran adalah orangorang di sekeliling kita, peraturan, undang-undang dan keadan persekitaran. Kadangkala factorfaktor ini menyebabkan kita menerbitkan  keputusan-keputusan yang salah. Estim diri yang rendah contohnya mendorong  kepada keputusan-keputusan yang merugikan. 

Seorang suri rumah yang tidak yakin dengan penampilan dirinya mungkin lebih gemar mengurung diri di rumah dan mengelakkan perjumpaan social seperti kenduri, makan malam bersama rakan-rakan dan sebagainya. Akibatnya, beliau tidak berpeluang mengeratkan hubungan dengan  orang lain dan merasa tersisih.  

Orang di sekeliling  kita juga mempengaruhi keputusan yang kita buat. Ada yang mempengaruhi keputusan kita secara sedar seperti pengutip derma dan jurujual. Ada juga yang mempengaruhi pemikiran kita secara halus. Pengiklan dan ahli-ahli politik amat  mahir dalam menggunakan strategi-strategi yang  begitu halus bagi mempengaruhi pemikiran kita. 

Jurujual contohnya memberi pelbagai alasan kepada  kita mengapa kita harus membeli produk yang dijual. Pengilan pula menggunakan  pelbagai strategi seperti menggunakan model-model yang cantik dan seksi dalam iklan-iklan mereka ataupun dengan manakutkan kita dengan  pelbagai masalah sekiranya kita tidak membeli produk yang  diiklankan. Semua ini mendorong kita menghasilkan keputusan yang tidak ingini sekiranya kita tidak memiliki  asas yang kuat dalam berfikir secara kritis. Mengaplikasikan  teknik-teknik berfikir secara kritis seperti menimbang sesuatu  secara menyeluruh dengan minda yang terbuka dan menilai kejituan sesuatu hujah dapat membantu kita lebih yakin dengan apa yang kita lakukan dan membawa kepada keputusan yang lebih berkesan berdasarkan bukti-bukti yang  konkrit dan jelas.

KESIMPULAN 


Pemikiran kritis dipunyai oleh setiap daripada kita. Cuma darjah kritis seseorang itu agak berbeza. Pemikiran kritis penting kepada diri seseorang, agar ia sendiri dapat mengenal pasti 
arah dan hala tuju ia berfikir dan kemudian dalam masa yang sama dapat memberi focus  pada yang sepatutnya difikirkan. Menerusinya, kita akan lebih defensive, ofensif dan provokatif dalam menilai sesuatu. Kita tidak menerima bulat-bulat, hatta sesuatu yang dinyatakan itu datangnya daripada sumber yang sahih dan  boleh dipercayai. Ini adalah  kerana kesilapan logik boleh berlaku pada mana-mana bahagian yang kita tidak jangka. 
  


Download artikel: Pemikiran Kritikal.pdf




Sejarah Kesultanan Melayu Perak


Posted by pakcikli00 di 16 Jun 2010
disusun oleh: Raden Agus Adiputra




Perak telah terbukti wujud pada zaman pra sejarah lagi. Dianggarkan negeri Perak telah diduduki oleh manusia zaman batu lama semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi lagi.
Prasejarah
Penemuan arkeologi di Kota Tampan di Lenggong membuktikan terdapatnya penempatan manusia Zaman Batu Lama Tanah Melayu.
Malah satu rangka fosil telah dijumpai yang digelar Perak Man. Jumpaan dari carigali menunjukkan negeri Perak diduduki secara terus menerus sepanjang Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam.
Selepas itu Perak juga dijangkakan mengalami zaman Hindu/Buddha, yang tersebar secara menyeluruh semua kawasan di Tanah Melayu.
Asal Usul Nama
Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama “PERAK” sebagai sebuah negeri yang besar. 

* Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A’fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.
* Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. ” Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri…”, lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada ‘perak’ dan busarnya dinamakan ‘Indera Sakti’. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.
* Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti perak.
* Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.
Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama ‘Negeri Perak’ itu menggambarkan bahawa pemilihan nama “PERAK” itu sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau, Belanda dan akhir sekali Inggeris yang berkeliaran di merata perairan Nusantara ini.
Kerajaan Purba
Menoleh kembali ke zaman silam Negeri Perak akan terjelmalah berbagai-bagai gambaran cetusan sejarahnya yang menjadi mutiara pusaka bumi Perak yang tiada ternilai harganya. Sebagai salah sebuah Negeri Melayu yang tertua, Negeri Perak telah melalui liku-liku zamannya sejak sebelum menjelangnya tahun masehi lagi.
Sebelum munculnya nama “Negeri Perak” Kitab “Sejarah Melayu” ada menceritakan nama-nama kerajaan atau negeri seperti Gangga Negara yang sekarangnya terletak di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung yang masih kekal namanya hingga sekarang. Penemuan monumen-monumen bersejarah peninggalan zaman tersebut telah menggambarkan kegemilangan sejarahnya tersendiri yang masih tersembunyi dari penglihatan dan pengamatan generasi di zaman moden ini.
Lanjutan Kesultanan Melaka
Gambaran sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri dan akhirnya menetap di Kampar (Sumatera) dan ditabalkan sebagai Sultan Kampar.
Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.


Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama ‘Beting Beras Basah’, bahtera Raja Muzzafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :-
Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka….’
Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul ‘JIN’ yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda…. Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku kedalam laut……
Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.
Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat lain yang lebih sesuai.
Pusat pemerintahan
Pusat pemerintahan Sultan Perak adalah juga istana Sultan Perak. Istana sultan berubah-ubah dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar. Kebanyakan tempat-tempat ini terletak di tebing sebelah kanan Sungai Perak. Di sekitar Kampung Gajah memang banyak sekali makam-makam Sultan Perak.
Di antara pusat-pusat pemerintahan yang ada tercatat di dalam sejarah ialah :-
1. Tanah Abang – iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati ,di dalam Mukim Bota, Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
2. Kota Lama Kanan
3. Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah
4. Semat dalam Mukim Senggang,
5. Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera
6. Pulau Tiga, Kampung Gajah
7. Pulau Cempaka Sari di Parit
8. Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta , Kampung Gajah
9. Pasir Pulai Indera Mulia , Kampung Gajah
10. Bandar Baharu , Kampung Gajah – pejabat JWW Birch , British
11. Pasir Panjang, Kampung Gajah
12. Durian Sebatang, Teluk Intan – Sultan Abdullah Muhamad Shah 1874
13. Sayong, Kuala Kangsar
14. Batak Rabit, Teluk Intan
dan akhir sekali di Bukit Chandan, Kuala Kangsar iaitu semasa zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke 28.
Sultan Perak dari pertama hingga sekarang..
1. Sultan Mudzaffar Shah 1
2. Sultan Mansur Shah
3. Sultan Ahmad Tajuddin
4. Sultan Tajul Ariffin
5. Sultan Alauddin Shah
6. Sultan Mahmud Shah
7. Sultan Mudzaffar Shah 2
8. Sultan Mahmud Iskandar Shah
9. Sultan Alauddin Mughayat Shah
10. Sultan Mudzaffar Shah 3
11. Sultan Muhammad Shah
12. Sultan Iskandar Dzulkarnain
13. Sultan Mahmud Shah
14. Sultan Alauddin Mansor Shah
15. Sultan Ahmadin Shah
16. Sultan Abdul Malek Mansor Shah
17. Sultan Muda Raja Ahmad
18. Sultan Abdullah Muazzam Shah
19. Sultan Shahabuddin Riayat Shah
20. Sultan Abdullah Muhammad Shah
21. Sultan Jaafar Mua’zzam Shah
22. Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah
23. Sultan Abdullah Muhammad 2
24. Sultan Yussuf Sharifuddin Mudzaffar Shah
25. Sultan Idris Murshidul’azam Shah
26. Sultan Abdul JalilKaramatullah Shah
27. Sultan Iskandar Shah
28. Sultan Abdul Aziz Al-Mustasim Billal Shah
29. Sultan Yussuf Izzuddin Shah
30. Sultan Idris Iskandar Shah 2
31. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Istana Sultan Perak
Istana Kayangan
Pada peringkat awal ,tidak ada istana kukuh daripada batu yang dibina untuk Sultan Perak bersemayam. Istana Sultan Perak cuma rumah yang dibina daripada kayu yang bermutu tinggi sahaja yang dibina di tepi Sungai Perak. Kawasan tepi sungai Perak terutama di Hilir Perak ,kmemang tidak ada kawasan berbukit-bukau.
Apabila Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, baginda telah membuat istana di atas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong selalu sahaja di tenggelami air apabila Sungai Perak bah. Akhirnya bukit tersebut dinamakan Baginda dengan sebutan Bukit Chandan, gelarannya Seri Andalan.
Menurut ceritanya nama ini adalah mengambil sempena nama seekor gajah Sultan Yusuf yang bernama Kulup Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulub Chandan ini telah lari lalu Raja Idris (ketika itu sebagai Raja Muda) bersama juak-juaknya keluar mengikuti jejak-jejak gajah tersebut hingga sampai ke kaki Gunung Bubu. Setibanya disini baginda telah bertembung dengan seorang tua berjanggut panjang yang memakai jubah putih. Dengan tidak semena-mena orang tua tersebut datang sembah lalu berkata…
” Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala tuanku telah ditabalkan menjadi Sultan kelak, jangan lah bersemayam di Sayong lagi tetapi hendaklah tuanku membuat istana diatas bukit yangdi pinggir Batang Hari Perak. Maka gajah yang bernama Kulup Chandan itu hendaklah tuanku bebaskan tujuh hari selepas daripada pertabalan tuanku itu….”
Diringkaskan cerita, maka Raja Idris pun ditabalkanlah menjadi Sultan Perak yang ke 28 dan segala pesanan ‘orang tua’ tersebut telah ditunaikan oleh baginda. Mulai dari tarikh itu kekal lah nama Bukit Chandan sebagai tempat terletaknya istana rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
Sistem Pemerintahan
Di zaman pemerintahan silam, sistem pemerintahan Kesultanan Negeri Perak masih meneruskan konsep ketradisionalan Kesultanan Melayu Melaka dengan sedikit perubahan dan penyesuaian dengan keadaan negeri dan masyarakat. Sistem gelaran Orang-Besar-Besar Negeri masih mewarisi Kesultanan Melaka tetapi terdapat sedikit perubahan iaitu dengan mengwujudkan gelaran-gelaran baharu saperti Orang Besar Lapan, Enam Belas dan Tiga Puluh Dua disamping mengekalkan konsep gelaran dan fungsi Orang Besar Empat Kesultanan Melaka. Tetapi gelaran Orang Besar Empat ini juga telah di ubah mengikut kesesuaian zaman dan masyarakat dan sekarang gelaran ini di kenali sebagai :-
* Tengku Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja wakil al Sultan Wazir Kabir.
* Tengku Orang Kaya Besar Maharaja Di Raja.
* Tengku Orang Kaya Temenggung Paduka Raja.
* Tengku Orang Kaya Menteri Paduka Tuan.
Di zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Shah jawatan Bendahara Paduka Raja telah disandang oleh Megat Terawis. Megat Terawis dikatakan berasal dari kerabat di raja Pagar Ruyong (Minangkabau) yang datang ke Perak bersama-sama Sultan Muzzaffar Shah dari Kampar. Sultan Muzzaffar Shah telah melantik beliau sebagai Bendahara bagi mengantikan Tun Muhammad setelah Megat Terawis berjaya menghapuskan Tun Saban yang bersengketa dengan baginda.
Corak pemerintahan tradisional ini walau pun dari kacamata barat dianggap sebagai amalam feudal yang tidak demokrasi tetapi jika diteliti dari segi pentadbirannya jelas menunjukkan bahawa sistem pemerintahan demokrasi telah lama dipraktikkan di Negeri Perak sebelum Inggeris menerjah masuk. Ini dapat dilihat dalam sistem perlantikan Sultan, pembesar negeri dan strultur pemerintahan itu sendiri.
Sejak dari perlantikan tersebut keturunan Megat telah memegang jawatan Bendahara Perak hinggalah akhir kurun ke 18 apabila Bendahara Megat Abu Kassim menyerahkan balik jawatan tersebut kepada Sultan Iskandar Zulkarnain kerana satu perbalahan.
Di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Negeri Perak menempuh kegemilangan sejarahnya. Zaman ini lah disifatkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai zaman keemasan. Hakikat ini dapat dilihat daripada catatan yang terdapat didalam Hikayat Misa Melayu yang menceritakan dengan jelas khusus mengenai zaman tersebut dan perihal kebijaksanaan kepimpinan dan kegagahan baginda memerintah negeri. Syair “Sultan Perak Melawat Jajahan Takluknya” sebagaimana yang terdapat didalam hikayat ini adalah satu contoh yang begitu terkenal lagi menggambarkan keadaan pemerintahan dan masyarakat di zaman tersebut.
Campurtangan Inggeris di Perak
Percampuran dasar Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu di akhir kurun ke 19 telah mendorongkan pihak British untuk mengubah sikap berdagang dan campurtangan dalam urusan politik dan pertadbiran – iaitu penjajahan secara langsung atau tidak langsung terhadap kesemua Negeri Melayu di Semenanjung. Saperti helang kelaparan mereka hanya menunggu peluang dan ketika yang sesuai untuk menyambar terus kemakmuran Negeri Perak. Inggeris yang telah lama mengkaji sistem pentadbiran, struktur, sosial, ekonomi dan politik bumiputera di Negeri-Negeri Selat dan di negara-negara yang dijajahnya telah berjaya menyingkap segala aspek kehidupan masyarakat Melayu dan menggunakan kelemahan-kelemahan yang terdapat untuk menguasai terus Negeri Perak dengan memperalatkan institusi-institusi traditional. Peluang ini tercapai apabila berlaku perselisihan merebut takhta kerajaan semasa Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah, Sultan Perak ke 24 mangkat di Sayong pada tahun 1871. Raja Muda Abdullah yang bersemayam di batak Rabit sepatutnya mudik ke Sayong untuk ditabalkan sebagai Sultan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Ini telah mengakibatkan jenazah Almarhum tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan bagi menyelesaikan masaalah ini Raja Bendahara Ismail telah ditabalkan sebagai Sultan.

Maka berlakulah perselisihan yang berlarutan diantara Raja Abdullah dengan Sultan Ismail. Di samping ini terdapat pula pergaduhan besar dan sikap bermusuhan diantara dua kongsi gelap pelombong-pelombong Cina, Ghee Hin dan Hai San disekitar Kelian Puah dan Kelian Baharu dan berlarutan hingga ke negeri-negeri lain. Peperangan telah berlaku disepanjang tahun 1861- 1862 dan 1871-1874.
Pergaduhan-pergaduhan dan perselisihan merebut takhta kerajaan ini telah di pergunakan sepenuhnya oleh pihak Inggeris untuk mencampuri urusan dalam Negeri Perak supaya kepentingan mereka tidak terjejas dan kekayaan Negeri Perak dapat di eksplotasikan sepenuhnya bagi menampung keperluan ekonomi negara ibunda mereka. Dengan kepintaran siasah dan ilmu penjajahan yang telah berkurun dipelajari, Inggeris telah berjaya memerangkap Raja Abdullah dan beberapa orang Orang Besar-Besar Perak untuk berunding di Pulau Pangkor. Wakil-wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San juga turut hadir bagi membalas jasa Inggeris yang telah banyak berbudi kepada mereka. Maka pada 20 Februari 1874 berlakulah satu detik sejarah yang tidak akan dilupakan oleh orang-orang Melayu Perak dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu dengan termeterinya satu perjanjian yang di namakan Perjanjian Pangkor.
Kejayaan Inggeris dalam babak pertama dalam siri penjajahan mereka di Tanah Melayu ini telah menjatuhkan mertabat kuasa mutlak Raja Melayu terhadap tanah air mereka sendiri dengan hanya menjadi Sultan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Urusan pentadbiran dan ekonomi dalam negeri terserah bulat-bulat kepada budibicara Residen Inggeris yang secara langsung di pertanggung jawabkan oleh Gabenor Negeri Selat untuk melaksanakan rancangan pembangunan raksaksa – Sistem Residen.
Perjanjian Pangkor dan perlaksanaan sistem Residen ini pada dasarnya telah dapat meredakan seketika persengketaan di antara golongan-golongan yang bersengketa dalam Negeri Perak. Dengan bersenjatakan Perjanjian Pangkor yang pada anggapan Inggeris akan di patuhi oleh semua pihak dan tidak akan di tentang oleh orang-orang Melayu yang selama ini dianggap mudah di pergaul-gaulkan, J.W.W.Birch, Residen Inggeris yang pertama telah memulakan tugasnya tanpa menaruh sebarang buruk sangka atau perasaan curiga.
Orang Besar-Besar Perak dan Sultan Abdullah sendiri akhirnya menyedari akan kesilapan mereka menandatangani Perjanjian Pangkor yang secara langsung mengetepikan hak tradisi mereka dalam urusan kutipan cukai dan menguasai hasil mahsul dalam jajahan masing-masing telah menghadapi jalan buntu bagi menghadapi kekuatan kuasa penjajah Inggeris ini. Akhirnya mereka telah mengambil jalan singkat dengan membunuh J.W.W. Birch dan pengiring-pengiringnya di Pasir Salak pada 2 November 1875.
Berikutan daripada peistiwa berdarah ini Inggeris telah melancarkan perang besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W. Birch. Pasukan-pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris dibawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang-orang Melayu yang di syaki telah di bakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah di serang habis-habisan dan akhirnya ditawan. Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguh pun kekurangan senjata dan tektik peperangan oarng-orang Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris saperti yang di lakukan di Kota Lama. Peperangan Perak ini telah berlanjutan hingga ke tahun 1876 dan akhirnya kesemua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W. birch ditangkap dan dibicarakan peperangan ini ditamatkan.
Nasionalisme di negeri Perak
Maka tercatatlah dalam sejarah bangsa Melayu dan Negeri Perak nama-nama saperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Che’ Gondah, Ngah Ahmad, Laksamana Tun Mohamad Amin, Syahbandar, Che’ Ngah Ibrahim dan lain-lain lagi disamping Sultan Abdullah sendiri sebagai penebus maruah bangsa Melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air dan hak mutlak Kesultanan Melayu. Ramai diantara mereka yang dihukum gantung dan di buang negeri di asingkan di Pulau Seychelles di Lautan Hindi tetapi perjuangan mereka akan terus menjadi aspirasi generasi kini.
Peristiwa tersebut telah memberikan pengajaran yang berguna kepada Inggeris dalam merancanakan rancangan penjajahan mereka yang selanjutnya. Raja Yusuf telah diangkat sebagai Sultan Perak yang ke 27 (1877-1887) bergelar Sultan Yusuf Sharifuddin Muzzaffar Shah dan Raja Idris yang menghakimkan perbicaraan kes pembunuhan J.W.W.Birch telah diangkat menjadi Raja Muda. Sistem pertadbiran negeri telah diperkemaskan lagi dan dipersesuaikan dengan dasar Inggeris. Pembesar-pembesar negeri yang tidak sesuai telah di pencenkan dan yang berkebolihan serta masih taat kepada pemerintah telah dijadikanpegawai bergaji tetap dan mesti bekerja untuk Inggeris atas nama titah perintah Sultan.
Ehwal Semasa Negeri Perak
Pembangunan ekonomi telah di lipatgandakan dengan pembukaan lombong-lombong baru yang lebih moden dan ladang-ladang getah dan ini telah menyebabkan munculnya bandar-bandar bary disekitar kawasan perekonomian. Bagi menghubungkan rangkaian bandar-bandar baru saperti Taiping dan Ipoh, jalan-jalan raya dan perkhidmatan keretapi telah diwujudkan. Bandar-bandar traditional Melayu telah ditinggalkan kesepian kerana segala kepentingan ekonomi dan urusan perniagaan telah tertumpu di sekitar kawasan yang baru di bangunkan oleh Inggeris. Maka terasinglah orang Melayu dan tinggal lah mereka kesepian dengan corak penghidupan lama mereka di kawasan pertanian, di kuala-kuala sungai dan bandar tradisional warisan mereka.
Penduduk-penduduk Perak telah berkembang pesat dengan penghijrahan beramai-ramai buruh-buruh kaum Cina dan India untuk mengusahakan sektor perlombongan bijih dan ladang getah. Maka daripada sinilah wujudnya masyarakat majmuk yang dapat dikenali daripada identiti kegiatan ekonomi masing-masing.
Negeri Perak sungguh beruntung kerana golongan-golongan Kerabat Di Raja saperti Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah, Sultan Iskandar Shah dan Raja Sir Chulan masih lantang bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat yang di kekang penjajah.
Dalam menghadapi aliran perkembangan politik moden di pertengahan tahun 1940an hinggalah Tanah Melayu mengalami bahana Perang Dunia ke2, seterusnya detik-detik kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sejarah Negeri Perak berkait rapat dengan sejarah Tanah Melayu pada umumnya. Dalam hal ini negeri Perak telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dan pejuang kemerdekaan yang masih harum namanya menjadi kebanggaan generasi sekarang. Sehingga kini payungan di raja Kesultanan Perak masih utuh menaungi kemakmuran negeri dan menjadi lambang kedaulatan dan kekuatan Negeri Perak Darul Ridzuan.

SEJARAH NEGERI PERAK



Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.
Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.
Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.
Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.
Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.

Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.
Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.
Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.
Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.
Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air. ZAMAN PRA SEJARAH
Negeri Perak mengalami zaman pra sejarahnya yang terbahagi kepada empat bahagian pada keseluruhannya iaitu Zaman Batu Lama (Palaeolithic), Zaman Hoabinhian, Zaman batu Baru (Neolithic) dan Zaman Logam (Metal Age).
Zaman Batu Lama (Paleolitik)
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi. Satu-satunya kesan peninggalan ini di Tanah Melayu ialah tapak yang dijumpai di Kota Tampan, Lenggong. Peninggalan zaman ini juga dikenali dengan kebudayaan Tampan di mana peninggalannya merupakan alat-alat batu yang belum sempurna buatannya.
Zaman Hoabinhian
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 8,000 hingga 2,000 tahun sebelum masihi. Kesan peninggalannya dijumpai di Gua Badak, Lenggong, Gunung Pondok, Padang Rengas dan beberapa buah gua lagi di Negeri Perak; berupa alat-alat batu yang lebih elok buatannya termasuk lesung batu untuk membuat pencelup merah (haematite).
Zaman Batu Baru (Neolitik)
Zaman ini wujud antara 2,000 hingga 300 tahun sebelum masihi. Kesan-kesan daripada alat-alat peninggalan yang dijumpai di Gua badak, Lenggong dan persekitarannya, Gua Tambun, Ipoh dan lain-lain lagi berkeadaan lebih sempurna dan licin serta dapat dikenali jenisnya. Mereka juga telah pandai menggunakan tembikar untuk memasak makanan dan membuat pondok tempat tinggal. Disamping itu mereka juga telah pandai bercucuk tanam.
Zaman Logam (Metal Age)
Zaman ini ujud antara 500 hingga 200 tahun sebelum masihi. Tempat-tempat yang pernah dijumpai seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River menunjukkan bahawa masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa dan besi untuk membuat mata lembing, mata kail dan mata anak panah. Terdapat juga sejenis alat besi yang anih bentuknya yang dikenali sebagai ‘Tulang Mawas’ yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin.
Zaman Hindu/Buddha

Jumpaan di Kuala Selensing, Perak dianggap sebagai zaman peralihan sebelum Hindu/Buddha, manakala zaman Hindu/Buddha pula merupakan zaman pembukaan lembaran Sejarah Negeri Perak Pengaruh kebudayaan orang-orang India dan kepercayaan Hindu di rantau ini sejak awal kurun masihi lagi telah mengubah sama sekali sistem nilai masyarakat di Tanah Melayu. Jumpaan patung-patung Hindu/Buddha dan beberapa alat pemujaan seperti di Bidor, Jalong dan Pengkalan Pegoh membuktikan wujudnya pengaruh ini. Zaman Kedatangan Islam dan sebelum kesultanan
Kerajaan Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas lenyapnya Manjung, kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan Melayu Beruas. Dari bukti-bukti yang terpahat di batu nisan yang ada menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Islam datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di Pantai Timur.
Disamping itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak melalui jalan Sungai Perak. Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa pembesar tempatan di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman, Tun Saban, To’ Temong dan lain-lain kerajaan yang belum dapat dikesan.
Zaman Kesultanan
Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan yang merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun l528 telah membuka lembaran baru ke arah pemodenan.
Kejumpaan bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah mencepatkan lagi kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris pada tahun l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang baharu. Akibat dari ini banyak imigran terutama kaum Cina dan India datang ke negeri ini.
Dari dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya, Negeri Perak Darul Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang sultannya hingga sekarang ini.


Penjajahan Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan beberapa sistem pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan terhadap sistem tersebut.
Campur tangan Inggeris
Termeterinya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari l874 antara Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu Perak telah mengesahkan kekuasaan Inggeris di Perak khasnya dan Negeri-Negeri Melayu amnya. Beberapa faktor mempengaruhi campur tangan ini diantaranya ialah kekayaan bumi Perak sendiri, pergeseran pembesar-pembesar untuk berkuasa dan kacau bilau yang berlaku di Larut antara puak-puak Cina.
Melalui campur tangan ini Inggeris memperkenalkan sistem Residen yang dianggap dapat membaiki sistem pemerintahan tradisional. TEKS PERJANJIAN PANGKOR PADA 20 JANUARI l874 Raja Abdullah diakui sebagai Sultan yang sah menggantikan Sultan Ismail yang akan diberi gelaran serta pencen sebanyak $l,000/- sebulan.

Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam segala hal kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.
Semua pungutan dan kawalan cukai serta pentadbiran negeri mestilah dijalankan atas nama sultan tetapi disusun menurut nasihat Residen.
Menteri Larut akan terus berkuasa, tetapi tidak lagi diakui sebagai pemerintah yang merdeka. Sebaliknya seorang Pegawai Inggeris akan dilantik di Larut yang mempunyai bidang kuasa yang luas untuk mentadbirkan daerah tersebut.
Gaji Residen akan dibayar oleh Sultan, bukan dibayar oleh Kerajaan Inggeris.
Penentangan terhadap sistem Pentadbiran Inggeris.
Sistem Residen bukanlah sebagai pembaikan kepada sistem pemerintah tradisional, tetapi dianggap sebagai sistem penindas. Ini disebabkan Inggeris lebih mendapat manafaatnya. Dalam pelaksanaannya pula penyelewengan kuasa telah dilakukan oleh Residen pertamanya J.W.W.Birch. Implikasinya masyarakat pribumi tidak puas hati dan berlakulah penentangan. Di akhirnya J.W.W. Birch dibunuh pada tahun 1875. Walaupun begitu sistem ini diteruskan hingga Jepun bertapak di Tanah Melayu.
Sistem Pemerintahan Residen
Kuasa Residen yang diperkenalkan menerusi sistem pemerintahan ala Barat yang dikatakan lebih moden itu didapati serba bertentangan dengan pola pemerintahan tradisional Melayu. Sultan dan Pembesar-pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah mutlak kecuali hal-hal yang bersangkutan dengan ugama dan adat istiadat Orang Melayu sahaja. Justru itu telah berlaku penentangan demi penentangan tetapi sistem ini terus berlanjutan sehingga pendudukan Jepun.
Perang Dunia Pertama – ‘Zaman Meleset’
Walaupun Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun l914 itu berlaku di Eropah, tetapi bahangnya turut dirasai oleh seluruh dunia.
Negeri Perak terlibat secara tidak langsung menerusi hubungan perdagangan antarabangsa dengan ekspot utama bijih timah dan getah aslinya, telah mengalami kemerosotan pendapatan. Implikasinya, seluruh pembangunan terpaksa dibekukan sehingga dunia kembali aman.
Perang Dunia Kedua
Bahana Perang Dunia Kedua turut dirasai di Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Disember l94l dengan pendaratan tentera-tentera Jepun di Kota Bharu.
Negeri Perak telah jatuh ke tangan Jepun pada l Januari l942 . Pahit getir zaman pendudukan Jepun ini ditanggung oleh rakyat sehingga tahun l945.

ISTIADAT PERTABALAN SULTAN PERAK



Istiadat Pertabalan dimulakan dengan DATO’ PENGELOLA BIJAYA DI-RAJA yang menatang AL-QURAN diiringi SAHIBUL SAMAHAH MUFTI KERAJAAN PERAK masuk ke Balairong Seri bersama RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA yang menatang PEDANG CURA SI MANJA KINI dan didahului oleh PANGLIMA DALAM yang diapit oleh PANGLIMA PERANG KANAN dan PANGLIMA PERANG KIRI dan BENTARA-BENTARA di kiri dan kanan.
Apabila tiba di hadapan Singgahsana Dato’ Pengelola Bijaya di-Raja memohon ampun DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN untuk meletakkan AL-QURAN di atas meja khas.
Setelah memberi hormat, dulang berisi PEDANG CURA SI MANJA KINI dibawa naik oleh RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA ke Singgahsana hingga ke tingkat dua, bertelut memohon ampun DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan menyembahkan PEDANG CURA SI MANJA KINI ke bawah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN.
Baginda menerima pedang tersebut, menghunus mata pedang lalu mengucup. Selepas RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA mengundur diri dari Singgahsana, TOH SERI NARA DI-RAJA berjalan masuk ke Balairong Seri dan terus naik ke Singgahsana hingga ke tingkat dua dan mempersembahkan MASTIKA EMBUN dan menyunting CAP HALILINTAR ke telinga kanan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN sambil membisikkan “RAHSIA NISAB SULTAN I”. Kemudian diikuti pula dengan PENGISYTIHARAN PEMASYHURAN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN yang dibaca oleh ORANG KAYA BENDAHARA SERI MAHARAJA.
Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah dan berseru tiga kali “DAULAT TUANKU” berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir.
“Nobat Tabal” dipalu dan tembakan meriam dua puluh satu das dilepaskan. Selepas itu DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.
Apabila semuanya mustaid ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah, bertinggul dan mengangkat sembah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN mohon izin perkenan untuk DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK mengadap. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI bangun mengangkat sembah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN, bertelut dan mengangkat sembah. TOK RAKNA SENARI mengadap dan menyembah “BUNGA PENCAWA PENCARA” kepada DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN. Baginda mengambil dan menyematkan ke hulu DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI. Selepas itu DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI mengadap, mengangkat sembah dan mengucup tangan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan seterusnya DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN mempersilakan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI bersemayam semula diikuti dengan Pemasyhuran Penganugerahan Gelaran DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI.
Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah lalu berseru tiga kali “DAULAT” berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.
Selepas Istiadat Pemasyhuran dijalankan, RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA memulakan ISTIADAT MERENJIS AIR “PANCA BICARA” DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI.
Selesai sudah ISTIADAT MERINJIS AIR “PANCA BICARA”, Istiadat diteruskan dengan penyembahan dan bacaan Ucapan Tahniah oleh DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA bagi mewakili Raja-Raja dan Orang Besar Perak, dan Persembahan Ucapan Tahniah dan Taat Setia daripada YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PERAK bagi pihak Kerajaan dan Rakyat Perak.
Istiadat Pertabalan diakhiri dengan TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DOA SELAMAT oleh Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Perak.
Sehari selepas Tabal Adat, dilaksanakan pula Istiadat Tabal Pusaka dan pada hari berikutnya DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI akan berangkat menziarahi MAKAM-MAKAM DI-RAJA yang terletak di seluruh Negeri Perak. Disebabkan kebanyakan MAKAM-MAKAM ini terletak di tebing Sungai Perak, DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN akan berangkat menaiki BALAI GAMBANG bernama “CEMPAKA SARI” yang dibina khas bagi tujuan tersebut. Istiadat menziarahi MAKAM-MAKAM DI-RAJA ini diakhiri dengan Istiadat menziarahi BETING BERAS BASAH di Kuala Sungai Perak sebagai mengingati sejarah Sultan Perak Yang Pertama, Sultan Mudzaffar Shah (1528-1549).

ISTIADAT TABAL JIN KESULTANAN PERAK



TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak. Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasa nya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja / malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.
Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.
Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang
Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.
Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT ‘Raja Berangkat’.
Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas ‘Chior Keemasan’ yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh
Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian ‘Istiadat Memulih’ PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga ‘Merenjis Tepung Tawar’. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.
Satelah selesai upacara ‘Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar’, diikuti pula dengan ‘Istiadat Bersiram Tabal’ (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan ‘Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada’ sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang.
Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa ‘Perkakas Merenjis’. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas ‘Perterakna Seri Panca Persada’.
Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat ‘Merenjis Tepung Tawar’ disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.
Selepas itu ‘Upacara Bersiram Tabal’ (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan ‘Kain Benang Emas Kekuningan’, dan diarak balik ke ISTANA.
Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan ‘Istiadat Merenjis Air Panca Bicara’ keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, ‘Merenjis Tepung Tawar’ ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan ‘BUNGA PENCAWA PENCARA’ ditelinga Baginda
Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja…petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan ‘resah gelisah’ diatas Peterakna Singgahsana.
Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan ‘bergerak-gerak’ dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara ‘SANTAPAN NASI BERASTANOKA’ dijalankan dengan bacaan doa selamat.
(Peringatan) : Ada pun upacara ‘Istiadat Tabal Jin’ ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya….ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal…. barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja…. tiada berkerajan.. ..)
[url=http://rajakita. perak.gov. my/bmtabalpusaka .html]http://rajakita. perak.gov. my/bmtabalpusaka .html[/url]

SEJARAH BETING BERAS BASAH


Kaitan Kesultanan Perak dengan Beting Beras Basah telah wujud sejak zaman Sultan Muzaffar Syah 1 ( 1528 – 1549 ). Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja.
Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985.
Menurut cerita orang-orang tua di Bagan Datoh, sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33, dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.
Beting Beras Basah adalah sebuah tempat yang terletak di muara Sungai Perak berhampiran dengan pekan Bagan Datoh, Perak. Terdapat dua cara untuk sampai ke Beting Beras Basah iaitu dengan melalui jalan darat dan jalan laut. Dari Teluk Intan, anda perlu melalui jalan raya sejauh 45 km menuju Pekan  Bagan Datoh. Setelah sampai di pekan tersebut, anda boleh menaiki bot atau sampan untuk ke sana atau melalui Kampung Sg Balai dengan mengikut jalan darat yang mempunyai jambatan.

Istiadat pertabalan sultan-sultan Negeri Perak dilaksanakan di sini. Ini kerana mengikut sejarahnya, Sultan Muzaffar Shah iaitu Sultan Perak pertama telah ditabalkan disini. Sejak itu, keturunannya atau sesiapa yang akan menjadi Sultan Perak diwajibkan datang ke Beting Beras Basah untuk istiadat pertabalan.
Beting Beras Basah hanya dapat dilihat sewaktu air Sungai Perak surut terutamanya pada waktu pagi dan ianya akan tenggelam sewaktu air pasang. Tempat ini dianggap keramat oleh penduduk kampung kerana pelbagai peristiwa aneh. Menurut sumber lisan orang tua, tempat ini dijaga oleh Jin Negeri Perak yang dipunyai oleh Raja Ahmad ( putera Sultan Abdul Malik Shah ) sehingga kini.


Siapakah Syaikh Nazim Dan Kaitannya Dengan Kerabat Sultan Perak?


Siapakah “Members of Royal Families” yang mendapat Darjah DKA dari Sultan Perak?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani :
Bersempena dengan sambutan Jubli Perak ke-25 yang lalu, Sultan Azlan Shah telah berkenan mengurniakan satu Pingat Darjah Kebesaran DKA (Degree Of Kinship to the Azlani’s Award).
Siapakah gerangannya orang itu? Mengapakah orang itu tidak hadir? Orang itu yang berada jauh,dari Kepulauan Cyprus,berdekatan dengan Turki telah menghantar anaknya sendiri untuk menerima pengiktirafan itu iaitu Encik Baha’uddin Adil.
Apakah hubungan istimewa antara Sultan Azlan Shah dengan bapa kepada Encik Baha’uddin Adil iaitu Sheikh Muhammad Nazim Adil Al Qubrusi Al-Haqqani?

Apakah hubungan istimewa dan kerohanian antara Sultan Azlan dan anakanda baginda dengan Sheikh Nazim ini?
Siapakah Sheikh Nazim ini dan apa kaitannya dengan Raja Ashman anakanda Sultan azlan dan Sultan Brunai ?
Sila lihat betul betul apa yang dititahkan oleh Raja Muda Perak iaitu Raja Dr Nazrin
Apa Pesanan dan kata Sheikh Nazim tentang Perang dunia ke-3
Apakah hubungan antara Kesultanan Turki dan Kesultanan Melayu?
Apakah hubungan antara kebangkitan akhir zaman,Al-Mahdi dan Bangsa Melayu Nusantara dari Timur ?
Wahai Melayu-islam…bersatulah….lupakanlah segala sengketa…Kita sudah tidak punya banyak masa!
Al Mahdi TIDAK AKAN muncul dari bangsa Pathan/Pashtun seperti yang di war-war kan dalam youtube .
Bangsa manakah yang dikatakan “Great Nation” ? .Pada pendapat saya mereka bukan bangsa Pashtun/Pathan. Bangsa yang digelar the “Great Nation” yang akan mengibarkan Bendera Hitam dari Timur itu ialah Bangsa Melayu-Islam dari Nusantara.!!!
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Artikel dibawah adalah pendapat peribadi tuan punya blog tersebut iaitu Kumanddie.Pendapat beliau boleh kita baca dan masing-masing boleh membuat pertimbangan sendiri!
Tulis beliau berikutnya…..
“Sebenarnya sebelum perlantikan Imam Mahdi, pada tanggal 10 Ramadan, terdapat 2 gerhana , iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan berlaku serentak. Kejadian tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak akan berlaku lagi selepas itu. Jadi saudara-saudari boleh tunggu satu meteor besar (atau planet) yang akan menutupi bumi dan bulan nanti. Selepas itu baru ada satu suara di Masjid Nabawi yang akan melantik Imam Mahdi.
Mungkin masanya sudah dekat. Yang penting semua jemaah Islamiah dan umat Islam boleh bersatu ketika perlantikan tersebut. Nabi Muhammad saw kata Imam Mahdi berpakaian seperti Bani Israel (yakni sama dengan pakaian Nabi Isa as). Apa yang saya maksudkan dengan pakaian Bani Israel ialah pakaian orang Patan dan Pashtun. Orang kita cakap “kurta”.
Orang Patan dan Pashtun adalah dari keturunan Bani Israel (dari puak Nabi Yusuf a.s.). Selain kurta, Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda bahawa Nabi Isa a.s. pakai serban yg mempunyai 2 ekor (mafhum). Jadi 2 ekor di belakang serban adalah pakaian rasmi bagi Bani Israel.Mengikut kitab Yahudi tua (Book of Mormon), sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).
Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang Professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Bani Israel.
Nak periksa betul atau tidak benda nie. Kita kena periksa persamaan antara budaya Melayu dengan budaya Bani Israel:
Pertama adalah gendang. Dalam hadis sahih, ketika Nabi s.a.w. bermesyuarat bagaimana hendak panggil orang sembahyang ketika masuk waktu, salah satu cadangan daripada sahabat r.a. adalah dengan menggunakan gendang. Nabi s.a.w. sabda gendang adalah budaya Bani Israel. Di dalam dunia ini, gendang hanya digunakan di masjid-masjid di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia. Tempat lain tidak ada. Jadi ini semua adalah tempat Bani Israel. Di Eropah pun, synagogue Yahudi tidak pakai gendang. Jadi yang benar-benar amal budaya Bani Israel adalah Afghanistan, Pakistan dan Malaysia.
Kedua adalah songkok. Songkok digunakan oleh Yahudi secara meluas di Eropah. Begitu juga di Russia, Azerbaijan dan Armenia. Ini semua adalah tempat Yahudi. Di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia, umat Islam memakai songkok. Sebenarnya, songkok hanya dipakai oleh kumpulan Bani Israel sahaja.
Ketiga adalah serban 2 ekor. Cuba kita lihat tengkolok dan dasta. Tengkolok adalah ringkasan daripada serban Bani Israel yang mempunyai 2 ekor. Ini berdasarkan kpd serban Nabi Isa a.s. [ lihat semutar orang melayu kelantan ]
Keempat adalah nama tempat. Di NS terdapat satu kawasan bernama Juasseh. Yahudi memanggil Nabi Yusuf a.s. sebagai Jusuf , manakala anaknya bernama Manasseh, yang diringkaskan sebagai Asseh. Jadilah Juasseh. Jadi mungkin ini adalah keturunan sebahagian Melayu Semenanjung. Selain dari itu, dalam kitab Yahudi tua, terdapat perkataan Moron (Maran) dan lain-lain bandar yg hampir serupa bunyinya.
Kelima adalah nama surau. Terdapat di setengah tempat, surau 2 tingkat yg mempunyai madrasah di bawah, dipanggil sebagai Menesah. Jadi Menesah diambil daripada keturunan sebahagian Melayu iaitu Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.).
Keenam. Sekiranya sebahagian Melayu adalah dari keturunan Nabi Yusuf a.s., jadi mesti ada Melayu yang cantik dan tampan. Saya pernah pergi UK. Orang sana cakap Melayu adalah manusia yg paling cantik di dunia. Begitu juga di Australia, 10 tahun dahulu expat Australia cakap Melayu adalah wanita yg paling cantik di dunia. Saya sendiri sudah buat perbandingan, secara peribadi wanita tercantik adalah dari negara Venezuela, Italy , Palestin dan Jordan. Namun setelah saya buat perbandingan, sesetengah wanita Melayu jauh lebih cantik dpd mereka semua. Jadi mungkin terdapat gene Nabi Yusuf a.s. dalam darah sesetengah Melayu. Kerana Nabi Yusuf a.s. adalah manusia yg paling tampan dalam sejarah manusia. Kita boleh lihat ramai wanita cantik di Pasir Mas, Taiping, Seremban dan Kuantan.
Ketujuh adalah baju Melayu. Sekali tengok baju Melayu adalah seakan-akan kurta yg telah dipendekkan. Namun begitu, tujuan saya tulis ini adalah untuk menunjukkan bahawa yg dikatakan sebagai tentera Imam Mahdi adalah dari kalangan Bani Israel, iaitu seramai 70,000 orang. Mungkin terdapat sedikit Melayu dalam barisan tersebut. Sementara dalam kitab Yahudi tua pula, golongan Manasseh bakal sembelih Yahudi jahat di Palestin kelak.Wallahu’alam….
Sekarang saya ingin menghuraikan tentang cerita api masyriq ketika munculnya Imam Mahdi.Kalau Isyraq bermaksud, kedudukan matahari di atas bumi setinggi 2 galah. Maka api masyriq mungkin bermaksud BOM NUKLEAR. Jadi kalau berpandu kepada hadis, maka Iran dan Iraq bakal di bom nuklear selama 3 hari. Ini menyebabkan angin radio aktif berwarna hitam akan bertiup dan bakal membunuh ramai umat manusia. Sungai Furat di Iraq akan naik mungkin disebabkan empangan hidroelektrik pecah ketika berlaku peperangan.Tentera Amerika mungkin menggunakan Turki sebagai base. Setelah mereka mengebom Iraq dan Iran, maka tentera Amerika terus mara dan menakluki Arab Saudi pula. Ketika itu, Arab Saudi sedang mengalami masalah dalaman , iaitu putera-putera Raja sedang berebut harta.
Setelah Iran dan Iraq dibom nuklear. Amerika mengawal 2 negara , iaitu Turki dan Arab Saudi. Ketika ini barulah Imam Mahdi muncul. Tentera Imam Mahdi tidak bersenjata. Tetapi sejumlah 3,000 atau 6,000 malaikat (kalau tak silap) akan membantu tentera tersebut. Tentera Amerika akan tewas di Arab Saudi dan Turki. Israel juga akan lenyap.
Jumlah tentera Imam Mahdi adalah seramai 70,000 orang. Kebanyakannya adalah dari Pakistan dan Malaysia. Kenapa saya kata 2 negara tersebut. Ini berpandu kepada hadis bahawa ramai di kalangan tentera Imam Mahdi adalah dari keturunan Bani Ishaq. Kalau dilihat kepada salasilah keturununan, maka Patan/Pashtun adalah dari keturunan Nabi Yusuf a.s. Sebab itulah Russia dan Amerika menyerang Afghanistan. Mengikut kitab Yahudi, satu lost tribe Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi jahat di Palestin.
Daripada 12 puak Bani Israel, keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Di dalam kitab Yahudi tua pula, golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal sembelih Yahudi jahat di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii. Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka  (bercanggahan dengan prinsip lost tribe). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh pemimipin Yahudi Amerika dan Russia). 4 tahun lalu (kalau tak silap), seorang Professor di USA bernama Ralph Olssen telah membuat hypothesis baru. Pada mulanya Yahudi sangka, Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala Manasseh. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.
Kemudian Prof Ralph Olssen kaji secara mendalam tentang Book of Mormon dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa lost tribe dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal sembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.
Jadi, bagi pendapat saya, 70,000 tentera Imam Mahdi adalah terdiri daripada orang-orang Pakistan (termasuk Afghanistan) dan Malaysia (termasuk Selatan Thai). Namun yang berada di barisan hadapan adalah orang-orang Melayu.
Satu lagi cerita , setelah kewafatan Imam Mahdi, Nabi Isa a.s. bakal melantik seorang lagi Khalifah Islam. Nama beliau adalah Muqat. Pada pendapat saya, tidak ada orang Arab yang bernama Muqat. Yang paling hampir adalah Megat. Jadi kalau Imam Mahdi bakal memerintah dunia Islam selama 19 tahun, jadi Megat pula bakal memerintah dunia Islam selama 70 tahun selepas itu.
Saya nak tambah sikit. Di alam Melayu ini, bukan puak Nabi Yusof a.s. (Ganu kite cakap Jusoh , mungkin pakai loghat Bani Israel) saje yang ada di sini. Bahkan ada satu lagi puak Bani Israel yang wujud, iaitu Jawi. Mengikut cakap orang tua-tua, semasa kerajaan Champa, telah wujud satu lagi puak Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Jawi (Levi). Ketika itu mana-mana orang Melayu yang menganut agama Nabi Ibrahim a.s. digelar sebagai “masuk Jawi”. Jadi mereka ini dikenakan berkhatan sebagai tanda kemasukan ke agama Nabi Ibrahim a.s. . Levi adalah salah seorang anak kepada Nabi Yaakob a.s., sama macam Nabi Yusof a.s. . Levi merupakan ketua kepada seluruh Ulama’ agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel ketika itu.
Perlu diingat , puak Manasseh yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu pada 600 BC bukannya beragama Nabi Musa a.s. . Bahkan mereka adalah beragama Nabi Ibrahim a.s. juga, sama macam keturunan Jawi (Levi) yang berada di Champa sebelum itu. Ini kerana Book of Mormon adalah kitab tentang agama Nabi Ibrahim a.s. dan bukannya agama Nabi Musa a.s. . Sesetengah orang-orang tua mengatakan bahawa kaum Jawi adalah bangsa Jawa sekarang. Kalau dilihat dari segi air muka, mungkin ada kebenarannya. Namun begitu tiada ujian DNA pernah dilakukan bagi tujuan pengesahan. Namun, sekiranya dakwaan ini benar, maka Jawa akan berada di barisan tengah di dalam pasukan tentera Imam Mahdi. Jadi ini tidak bersalahan dengan hadis Nabi s.a.w. bahawa , tentera Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak.
Satu lagi, mengikut saintis, satu planet bernama Nibiru, akan muncul pada tahun 2012. Mungkin planet ini yang menyebabkan terjadi 2 gerhana serentak pada awal Ramadan .
Sebenarnya , saya hendak tambah sedikit cerita tentang Jawi. Pemahaman Arab tentang Bani Jawi yang merujuk kepada Melayu adalah sedikit tersasar. Di alam Melayu , Jawi merujuk kepada agama Nabi Ibrahim a.s.. Bani Jawi yang menjadi rujukan Arab sebenarnya bermaksud keturunan Keturah.
Siapakah Keturah???
Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. . Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa. Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak.
Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah
Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan Mala (nama bangsa asas Keturah iaitu Mala/Mon) , dan sementara Yur pula diambil dari nama tempat asal-usul Nabi Ibrahim a.s. , iaitu berhampiran dengan kota Babylon.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Yahudi tua. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa.
Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.. Jawi sebenarnya adalah Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. . Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala/Mon . Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala/Mon. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala/Mon. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a .Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah lebih bijak dan segak, ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor dan Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. .Namun Mala/Mon bukanlah bangsa asal. Mala/Mon adalah daripada bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah berhampiran dengan Laut Hitam.
Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang Arkeologist Eropah di sekitar tahun 1830an lagi (lama tu). Maka , ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak , atau bermaksud 22 bangsa asas (kalau tak silap saya). Jadi Nabi Adam a.s. telah ajarkan 22 jenis bahasa kepada kesemua 44 orang anak beliau, berdasarkan kepada jenis bangsa tersebut.Jadi , apa yang saya hendak tegaskan disini ialah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan Bani Ishak yang menjadi tentera Imam Mahdi adalah merupakan anak-anak Keturah (orang Islam Asia Tenggara), dan juga Bani Israel yang beragama Islam (mungkin keturunan Nabi Yusuf a.s. iaitu dari Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu).
Jika kita lihat hadis Nabi s.a.w., maka kita akan dapati cerita akhir zaman hanya berkisar di kalangan keturunan Nabi Ibrahim a.s. . Persoalan sekarang adalah kenapa ALLAH melantik tentera Imam Mahdi di kalangan Bani Ishak???Ini adalah kerana sewaktu dunia akhir zaman, keturunan Nabi Ibrahim a.s. di pandang hina malah disamakan dengan Iblis laknatullah alaihi , terutama sekali di sebelah Bani Israel. Contohnya adalah Dajjal laknatullah alaihi, Yahudi jahat, Freemason, Illuminati, dan sebagainya. Ini semua telah memburukkan nama baik Nabi Ibrahim a.s. .
Namun begitu di dalam al-Quran , ada terpampang tentang doa khusus Nabi Ibrahim a.s. untuk keturunannya , iaitu beliau meminta ALLAH menjadikan keturunan Nabi Ibrahim a.s. sebagai golongan yang mendirikan sembahyang , terus-menerus sehingga Hari Kiamat. Jadi kemunculan tentera Imam Mahdi adalah untuk memadamkan salah faham tentang keturunan Nabi Ibrahim a.s., yakni di kalangan Bani Israel. Mungkin ALLAH ingin menunjukkan kepada hambaNYA bahawa ada keturunan Bani Ishak (termasuk Bani Israel) yang terus-menerus mendapat hidayat daripada ALLAH SWT.
Ada sesetengah ulama ada mengatakan terdapat lebih 60 buah kubur Sahabat Nabi s.a.w. yang tertanam di kawasan Malaysia-Indonesia. Maksudnya kita masih belum putus daripada hidayat ALLAH sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. lagi. Begitu juga Pakistan dan Afghanistan masih belum putus daripada hidayat ALLAH sejak zaman Bani Israel lagi. Mereka juga menganut agama Islam sejak zaman awal Islam lagi.
Untuk menguatkan lagi hubungan antara Bani Ishak dengan anak-anak Keturah , cuba baca kitab Yahudi tua ini :
Genesis 25:1-9
“Then again Abraham took a wife, and her name was Keturah. And she bare him Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And Jokshan begat Sheba, and Dedan. And the sons of Dedan were Asshurim, and Letushim, and Leummim. And the sons of Midian; Ephah, and Epher, and Hanoch, and Abidah, and Eldaah. All these were the children of Keturah. And Abraham gave all that he had unto Isaac. But unto the sons of the concubines, which Abraham had, Abraham gave gifts, and sent them away from Isaac his son, while he yet lived, eastward, unto the east country. And these are the days of the years of Abraham’s life which he lived, an hundred threescore and fifteen years. Then Abraham gave up the ghost, and died in a good old age, an old man, and full of years; and was gathered to his people. And his sons Isaac and Ishmael buried him in the cave of Machpelah”
Sebelum wafat, Nabi Ibrahim a.s. telah memberi semua anak-anak beliau melalui perkongsian hidup bersama Keturah kepada Nabi Ishak a.s. . Ini membuktikan bahawa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa tentera Imam Mahdi adalah dikalangan Bani Ishak adalah umat Islam di kalangan Bani Israel dan anak-anak Keturah Yakni Afghanistan, Pakistan, Melayu dan Nusantara.
Pasal nasab Rasulullah s.a.w., kebanyakan nasab keturunan Nabi Muhamad s.a.w. adalah daripada Ali Zainal Abidin , iaitu anak kepada Saidina Hussein r.a. . Keturunan Ali Zainal Abidin merupakan yang ramai sekali di nusantara. Ini termasuk Raja Aceh, Sultan Pahang, Raja Lama Terengganu, Raja Lama Johor, Wali Songo, Sultan Banten, Sultan Cirebon, Sayyid dari Hadramaut, Sharif dari Hadramaut, Sheikh, Syed, Raden, Habib, Wan (Pahang), Wan (Terengganu), Megat, Meor, Tengku (Johor), Tengku (Pahang), Tengku (Terengganu), dan seumpamanya. Walaupun mereka juga keturunan pendakwah., namun ini semua bukan keturunan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bakal menjadi Imam Mahdi.
Yang bakal menjadi Imam Mahdi mestilah daripada keturunan Saidina Hasan r.a. . Setelah saya meneliti, maka keturunan Saidina Hasan r.a. adalah daripada Ali Nurul Alam, iaitu bangsawan Majapahit yang mentadbir Kelantan Lama. Keturunan tersebut adalah terdiri daripada Wan (kedua-dua Wan di Kelantan dan Wan di Acheh), Nik, Long dan Pangeran (Brunei). Inilah keturunan pendakwah yang ada kemungkinan merupakan gene yang dipunyai oleh Imam Mahdi.
Satu perkara yang perlu diingat, Imam Mahdi tidak pernah mengaku bahawa beliau adalah bakal Imam Mahdi. Hanya Umat Islam yang akan mencari beliau. Mengenai Pemuda Bani Tamim pula, mana-mana Jemaah Islam yang berkiblatkan kepada keluarga Saidina Abu Bakar r.a. ketika waktu ini, pemimpin mereka sebenarnya adalah Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w.. Tanda-tanda Pemuda ini ialah, sekiranya beliau hendak buat satu perhimpunan, maka jumlah Umat Islam yang hadir akan mencecah jutaan orang dari seluruh pelusuk dunia. Ini termasuk dari negara-negara yang tidak popular seperti Nicaragua, Botswana, dan seumpamanya. Saya kira , saya tidak perlu hurai secara detail tentang perkara ini. Anda semua boleh periksa di masjid masing-masing.
Saya ingin huraikan sedikit kenapa saya kata Imam Mahdi mungkin orang di sebelah sini.
Pertamanya , mengikut tertib ALLAH, sekiranya orang yang mulia hendak dibangkitkan, maka keturunannya mestilah di kalangan pendakwah. Sekiranya kita lihat sekarang, keturunan Nabi s.a.w. yang ada di Tanah Arab bukanlah terdiri daripada keturunan pendakwah. Jadi kalau ALLAH hendak membangkitkan manusia mulia, ianya mestilah seorang daripada darah pendakwah. Jadi ahlul bait yang  berada di luar Tanah Arab yang sepatutnya menjadi keutamaan di sisi ALLAH. (Namun ini hanyalah pandangan saya yg hina sahaja).
Kedua , mengikut hadis, pengikut Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak. Jadi terdapat dua golongan sahaja dalam kategori ini. Iaitu Bani Israel Muslim dan anak-anak Keturah. Setelah disiasat, hanya puak Nabi Yusuf a.s. sahaja yang dikatakan Bani Israel yang mendapat hidayat untuk menjadi Umat Islam. Mereka adalah Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu.
Ketiga, yang dikatakan sebagai anak-anak Keturah adalah orang-orang Nusantara iaitu, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei dan seumpamanya. Jadi maksudnya , Imam Mahdi mestilah menguasai bahasa Melayu, bahasa Urdu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Saya kata bahasa Inggeris sebab ada dalam hadis mengatakan bahawa Imam Mahdi akan bersemuka dengan tentera Gentile (Romawi) sebelum Tentera Islam dan Tentera Nasrani berperang. Jadi Imam Mahdi mungkin fasih dalam 4 bahasa.
Saya hendak tambah sedikit, Imam Mahdi mungkin akan menjadi Khalifah Islam selama 19 tahun (ada satu lagi riwayat mengatakan hanya 7 tahun). Namun selepas pemergian beliau, maka Khalifah Islam yang seterusnya bernama MEGAT. Di sini perlu kita ingat. Terdapat 2 jenis Megat dalam negara ini. Satu Megat daripada Tengku. Ini adalah keturunan Syed Zainal Abididn Tun Dagang, iaitu keturunan Nabi s.a.w. , iaitu daripada Saidina Hussein r.a. . Yang satu lagi Megat adalah daripada Bugis Makasar, iaitu keturunan daripada Yemen.
Jadi Khalifah Islam yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah Megat daripada Bugis Makasar, iaitu keturunan daripada pendakwah Yemen. Megat akan menggantikan Imam Mahdi sebagai Khalifah Islam (selepas kewafatan Imam Mahdi) dan akan memerintah selama 70 tahun. Kemudian , 30 tahun selepas kewafatan Megat, maka terdapat seorang lelaki perkasa yang berkulit hitam keturunan Afrika akan menghancurkan seluruh Kaabah. Ketika itu akan muncul binatang yang bernama Dabbatul-Ardh yang boleh berkata-kata seperti manusia, dan akan keluar daripada perut bumi. Ketika itu juga, ALLAH akan matikan ramai orang yang berilmu dan orang beriman. Quran juga akan hilang daripada suhufnya. Waktu itu, mereka yang ada kalimah Tauhid LAILAHAILLALLAH sahaja yang akan mendapat keampunan dan kasih ALLAH.
Kalau mengikut semua kitab-kitab agama (baik Islam mahu pun Yahudi) , Imam Mahdi sudah pun lahir. Beliau hanya menunggu masa sahaja perlantikan daripada ALLAH SWT . Kalau mengikut kitab Yahudi lama, Imam Mahdi mestilah muncul di sekitar 2009 sehingga 2012. Ini kerana negara Israel hanya dibenarkan oleh ALLAH SWT dalam lingkungan 40 tahun sahaja. Tahun 2008 adalah tahun yang ke 40 bagi negara Israel. Kalau mengikut kitab Islam pula, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda , mafhum – akan terjadi 2 gerhana serentak pada 10 Ramadan (iaitu sebuah planet besar akan menutupi ruang antara bumi dengan matahari sehingga mengakibatkan kedua-dua bumi dan bulan tertutup daripada pancaran matahari) yang mana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak akan berlaku lagi selepas ini.
Ketika itu di Masjid Nabawi di Madinah, akan muncul satu suara yang akan melantik Imam Mahdi sebagai Khalifah Islam. Kalau mengikut ahli kaji bintang, sebuah planet yang bernama Nibiru akan muncul pada tahun 2012, dan akan berada pada kedudukan sangat hampir dengan bumi sehingga ahli kaji bintang menganggap ianya mungkin akan berlanggar dengan bumi.
Jawapan bagi “Siapa gerangan yang akan menjadi Imam Mahdi”, sukar hendak saya jawab secara spesifik. Ini kerana saya belum berjumpa dengan individu tersebut.Namun secara amnya, namanya ialah sama ada Wan Muhammad bin Wan Abdullah atau Nik Muhammad bin Nik Abdullah atau Long Muhammad bin Long Abdullah atau pun Pangeran Muhammad bin Pangeran Abdullah. Beliau mestilah mempunyai pertalian dengan negeri Kelantan (namun tidak semestinya menetap di negeri Kelantan).
Beliau mestilah fasih dalam 4 bahasa , iaitu Arab, Melayu, Inggeris dan Urdu . Ini berpandu kepada hadis mengenai Bani Ishak yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. sebagai tentera Imam Mahdi. Jadi ada kemungkinan beliau belajar Tahfiz dan Alim di Pakistan dan beliau merupakan orang Melayu.
Tentang bahasa Inggeris pula, saya ambil dari cerita tentang peperangan antara tentera Imam Mahdi dengan orang puteh, yang mana Imam Mahdi akan berdialog dengan tentera orang puteh. Jadi mungkin beliau pernah berada di luar negara seketika iaitu tempat di mana pertututurannya adalah bahasa Inggeris. . Beliau juga mestilah berpakaian seperti orang-orang Pakistan utara, iaitu menyerupai pakaian Patan/Pashtun. Kegemaran beliau mestilah sama dengan puak Patan/Pashtun iaitu meminum teh pekat panas. Sifat beliau mestilah sama dengan sifat Saidina Ali r.a. . Iaitu pertama pantang melihat Agama Islam dihina, kedua suka berperang , ketiga pendiam (atau tidak fasih bertutur) dan keempat suka melayan tetamu. (Pandangan saya sahaja).Kalau ramai orang-orang saleh pernah bermimpi Nabi s.a.w. , begitu juga dengan Imam Mahdi. Malah beliau lebih kerap bermimpi Nabi s.a.w. lebih daripada orang-orang saleh yang lain. Bukan itu sahaja, beliau juga mestilah pernah bermimpi Saidina Ali r.a. dan juga Fatimah r.a. . Fatimah r.a. seharusnya memanggilnya sebagai anak atau cucu. Manakala Saidina Ali r.a. pula harus mengajarkannya satu amalan khusus yang pernah Nabi s.a.w. ajarkan kepada Saidina Ali r.a. . Iaitu amalan yang menyebabkan Saidina Ali r.a. boleh mendengar bumi bercakap. Jadi Imam Mahdi mestilah seorang yang mampu mendengar percakapan bumi. Contohnya , sekiranya akan berlaku kejadian tsunami, Imam Mahdi sudah tentu dapat mengesannya terlebih dahulu sama seperti hidupan-hidupan di laut. Namun ALLAH sahaja Yang Lebih Mengetahui tentang siapa sebenarnya Imam Mahdi.
Saya hendak komen sedikit tentang salah faham Umat Islam mengenai asal-usul Imam Mahdi. Terdapat kecenderungan Umat Islam untuk mengaitkan Imam Mahdi dengan bangsa Arab. Walaupun Imam Mahdi berketurunan Nabi Muhammad s.a.w. , namun pada pendapat saya beliau bukannya berbangsa Arab. Sesetengah Ulama cepat untuk membuat conclusion mengenai bangsa Imam Mahdi. Ini kerana ramai Ulama terkeliru tentang tempat kelahiran Imam Mahdi di Madinah sebagai bangsa Arab. Walaupun Imam Mahdi lahir di Madinah , bukan bermakna beliau juga merupakan seorang berbangsa Arab. Paling hampir, hadis mensabdakan bahawa (mafhum) wajah Imam Mahdi seakan-akan wajah Arab dan badan Imam Mahdi seakan-akan badan Bani Israel. Imam Mahdi sepatutnya merupakan pengikut kepada keluarga Bani Tamim.
Siapa Bani Tamim???
Bani Tamim merupakan keluarga yang terdiri daripada para wali dan Ulama tersohor di seluruh dunia, dan mempunyai salasilah daripada keturunan Saidina Abu Bakar r.a. . Mereka berpusat di sebelah Timur. Pengikut Bani Tamim terdiri daripada ramai Umat Islam dari serata dunia. Sekiranya mereka ingin membuat satu-satu perhimpunan, maka ramai Umat Islam dari serata dunia yang akan hadir, yang mana jumlahnya boleh mencecah jutaan orang. Bukan itu sahaja, Umat Islam dari negara-negara yang tidak popular seperti Guatemala dan Gabon juga akan hadir. Seperkara lagi, kalau berpandukan kepada cara penyampaian hadis, Bani Tamim mungkin mempunyai Khalifah yang telah meninggal dunia sebelum itu. Sebab itulah perlantikan Imam Mahdi oleh Bani Tamim di Mekah/Madinah disambut oleh ramai Umat Islam di serata dunia. Mustahil perlantikan Imam Mahdi disebarkan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang ada sekarang. Kerana kerajaan Umat Islam sekarang berada dalam keadaan sangat lemah dan mempunyai pemimpin-pemimpin yang pelbagai. Jadi pada hemat saya, Bani Tamim mempunyai Khalifah Islam yang telah meninggal dunia sebelum kemunculan Imam Mahdi. Jadi persoalan sekarang, kenapa kumanddie mengandaikan bahawa Imam Mahdi merupakan orang Melayu???Ketika perlantikan Imam Mahdi oleh seorang Pemuda Bani Tamim di hadapan Kaabah, kemudian melalui satu suara dalam Masjid Nabawi ; dalam waktu yang singkat sahaja pengikut-pengikut Pemuda Bani Tamim dari kalangan Bani Ishak (iaitu Bani Israel Islam dan anak-anak Keturah) terus menawarkan diri untuk bersama-sama Imam Mahdi untuk berperang Sabil. Sedangkan pengikut Pemuda Bani Tamim ini terdiri daripada seluruh Umat Islam di serata dunia. Jadi maksudnya, Imam Mahdi rapat dengan beberapa negara sahaja, seperti Pakistan, Afghanistan, Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia. Sebab itulah , kumanddie berani membuat hipotesis bahawa Imam Mahdi boleh bertutur dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Urdu dengan fasih (selain bahasa Arab).
Selain daripada itu, kalau berpandukan kepada hadis mengenai peperangan antara Umat Islam dengan Romawi, terdapat dialog antara Imam Mahdi dengan Jeneral Romawi. Maksudnya Imam Mahdi juga fasih berbahasa Inggeris. Seperkara lagi, saya ingin menegaskan, tentera Imam Mahdi bukan di kalangan orang-orang Arab. Sekiranya Imam Mahdi adalah orang Arab, maka ramai daripada Umat Islam dari Tanah Arab akan bertempur di Palestin bersama Imam Mahdi. Jadi kalau melihat kepada senario  semasa, jarang orang-orang Urdu datang ke Alam Melayu untuk belajar Agama Islam. Sedangkan ramai orang-orang Melayu yang pergi menuntut di Alam Urdu untuk mempelajari Agama Islam. Jadi maksdunya, Imam Mahdi mungkin merupakan orang Melayu yang pernah menuntut Tahfiz dan Alim di Pakistan. Beliau juga merupakan pengikut Bani Tamim. Dan Bani Tamim mestilah berpusat di sebelah Timur.Jadi kalau berpandukan kepada hadis bahawa, Pemuda Bani Tamim meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Kemudian mereka berusaha dan berjaya.
Kumanddie mengandaikan bahawa ini merupakan percubaan Pemuda Bani Tamim untuk memindahkan pusat Bani Tamim dari sebelah Timur ke Mekah atau Madinah. Bendera hitam yang diberikan oleh Pemuda Bani Tamim kepada Imam Mahdi merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. . Jadi ada kemungkinan , Pemuda Bani Tamim pernah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. . Dan Pemuda Bani Tamim mungkin ada diberi penerangan tentang lokasi bendera hitam tersebut oleh Rasulullah s.a.w. .
Conclusion :Imam Mahdi merupakan orang Melayu. Namun Pemuda Bani Tamim bukan orang Melayu. Ini kerana tidak ada jumlah Umat Islam yang sangat ramai dari serata dunia yang datang ke Alam Melayu.

Dalil mengatakan bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan dari Saidina Hassan r.a.
adalah dari kata-kata Saidina Ali r.a. . Sedangkan Saidina Ali r.a. adalah Sahabat yang sangat rapat dengan Nabi s.a.w. , dan sudah semestinya dalil ini adalah sah dan diambil daripada Nabi s.a.w. . Ini mengesahkan bahawa Imam Mahdi adalah daripada salasilah Saidina Hasan r.a. . Manakala pendapat daripada Syiah pula mengatakan Imam Mahdi merupakan keturunan dari Saidina Hussein r.a. adalah silap. Yang menghairankan pula ialah kebanyakan ustaz-ustaz mutaakhir lebih suka mempercayai dalil daripada syiah yang menyeleweng ini.
Saya dapati ramai pengkaji sejarah Melayu meragui tentang agama yang dianuti oleh Melayu sebelum Islam adalah agama Nabi Ibrahim a.s. atau Agama Jawi. Sedangkan pengkaji sejarah kita hanya membuka buku-buku Inggeris yang menyeleweng dan buku-buku Cina yang tidak banyak faktanya. Pengkaji sejarah tidak pernah lihat fakta sejarah Melayu dari simpanan Arab, Parsi, Yahudi, Amerika Latin dan lain-lain.
Sebelum kewafatan Baginda Nabi s.a.w. , beliau pernah mengarahkan para Sahabat r.huma untuk menghantar Jemaah Dakwah ke Samudera kerana di situ ada kawan-kawan Nabi s.a.w. Cuba fikir betul-betul (kalau pengkaji sejarah ada akal), di mana di dalam dunia ini yang ada perkataan Samudera selain yang digunapakai oleh orang-orang Melayu. Tentulah secara rasionalnya kita akan cakap Hadis ini merujuk kepada Jemaah Dakwah para Sahabat yang dihantar ke Alam Melayu. Kemudian saya nak tanya kepada pembaca budiman, apa yang dimaksudkan dengan Kawan-Kawan Ku yang dinyatakan dalam Hadis. Sekiranya orang Melayu menganut agama sesat, maka perkataan Kawan-Kawan Ku tidak akan disebut oleh seorang Kekasih ALLAH. Di dalam Al-Quran ada menegaskan bahawa, Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebaik-baik Umat Nabi Ibrahim a.s. (yakni sebelum diutus menjadi Rasul). Jadi maksudnya, orang melayu menganut agama Nabi Ibrahim a.s. . Ini dibuktikan dengan perkataan Masuk Jawi dalam kamus orang-orang Melayu . Perkataan Masuk Jawi dan Tulisan Jawi (bukan tulisan Arab) telah digunapakai oleh Orang-orang Melayu sejak sebelum kedatangan Islam lagi.
Sekiranya Sahabat r.huma pernah sampai ke sini , jadi mesti ada buktinya. Apa buktinya ???Ya !!! Memang ada bukti.
Bukti 1 – Ada Ulama mengatakan terdapat 60 lebih kubur Sahabat di kawasn Malaysia-Indonesia.
Bukti 2 – Kitab agama Islam di India menulis bahawa Malaysia telah di Islam kan oleh Sahabat r.a. , manakala Indonesia telah diIslamkan oleh Tabiin.
Bukti 3 – Kitab Kedah Tua mengatakan pada tahun 920 Masihi, terdapat jumlah Umat Islam yang sangat ramai di Kedah.
Bukti 4 – Arkaelogist Malaysia pernah terjumpa wang Zaman Rasulullah s.a.w. di Kuala Berang , Terengganu.
Bukti 5 – Kitab-kitab Kuning Lama orang-orang Melayu di tulis dalam bahasa purba. Sekiranya Islam tiba pada zaman Hang Tuah, maka bahasanya lebih moden lagi.
Mengikut ahli Sejarah, orang-orang Gujerat mengIslamkan Melayu. Jadi sepatutnya orang-orang Melayu mestilah fasih berbahasa Gujerat sebab yang Islam kan Orang-orang Melayu adalah pendakwah dari Gujerat India. Maka buku agama dalam Bahasa Gujerat mestilah berleluasa di Alam Melayu. Dan Mazhab orang Melayu mestilah Mazhab Hanafi dan bukan Syafie. Saya nak tanya Ahli Sejarah Melayu – Kenapa Orang Melayu tidak boleh bertutur dalam Bahasa Gujerat. Mana kitab-kitab Islam dari Gujerat. Kenapa Melayu begitu asing dengan Mazhab Hanafi. Ahli-ahli Kaji Sejarah Melayu begitu mudah diselewengkan dan diperbodoh-bodohkan oleh orang-orang Inggeris. Ahli Kaji Sejarah Melayu tidak jauh bezanya dengan Jabatan-Jabatan Agama kita yang ditipu oleh Wahabi sesat. Begitu juga sesetengah Umat Islam begitu mudah ditipu oleh ajaran Syiah yang sesat dan menyeleweng. Kerajaan Iran bukanlah kerajaan Islam. Tetapi kerajaan Freemason. Ayatollah Ruhollah Khomeni adalah ahli neraka. Ini disepekatkan oleh semua Ulama muktabar masa kini dan Wali yang diiktiraf. Saya hairan bagaimana PAS begitu menyanjung tinggi Iran dan Ayatollah Khomeni. Bertaubatlah wahai Ustaz-ustaz PAS sekalian. Anda semua tertipu oleh Yahudi Illuminati dan Freemason.
Saya yakin pada waktu ini Umat Islam yang mempercayai tentang kisah Imam Mahdi sekarang terbahagi kepada 2 golongan.
Pertama yang mengatakan beliau adalah bangsa Arab Quraish.
Kedua yang mengatakan beliau adalah ahlul bayt dari Timur. Bagi saya kedua-duanya betul.
Begitu juga mengenai 2 gerhana pada bulan Ramadan. Ramai Umat Islam sudah mula mengkritik kesahihan Hadis ini. Sebab sudah terjadi beberapa kali, tetapi tidak muncul jugak Imam Mahdi. Bagi pendapat saya , yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. ialah warna merah yang terpancar ke arah bumi (bukan gelap gulita seperti gerhana biasa).
Begitu juga, teori saya mengenai Imam Mahdi dan askarnya mungkin salah. Namun mesej yang ingin saya sampaikan ialah bila ada tentera Islam yang berjaya membantai seluruh Israel, maka ikutilah mereka. Yang penting bagi kita Umat Islam, bukan kita nak tahu sama ada Sahih atau Daif tentang Hadis-Hadis. Siapa kita untuk menjadi Hakim kepada Hadis-Hadis. Yang penting bagi kita ialah kita ikuti Jemaah Islam yang ada satu amir. Kalau tidak ada , maka duduklah kita dalam hutan sampai kita mati. Janganlah kita bersama-sama dalam dua kumpulan yang bertelagah. Tidak kira yang bertelagah itu adalah pasukan politik atau sukan atau negara atau syarikat atau seumpamanya. Itu semua benda yang membawa kepada Kemurkaan ALLAH S.W.T. .
Dalil-dalil Hadis/Quran yang saya berikan sebelum ini, saya tidak bertanggungjawab di atas kesahihan dan tafsir nya. Itu semua adalah andaian dan pendapat peribadi saya sahaja.
Percaya kepada Hari Akhirat tu adalah satu daripada Rukun Iman yang 6 . Dalam Hari Akhirat , terbahagi kepada Padang Mahsyar, Mizan, Titian Sirat dan sebagainya. Sebelum Hari Akhirat ada Hari Kiamat. Dalam Quran telah menerangkan secara berjela-jela tentang kedahsyatan Hari Kiamat. Jadi Hari Kiamat ada tanda-tanda besar dan ada tanda-tanda kecil. Jadi tanda besar adalah Imam Mahdi. Hadis mengenai Imam Mahdi adalah hadis sahih. Nabi s.a.w. tidak begitu memuliakan begitu tinggi seseorang individu selepas Sahabat-sahabat r.a.huma lebih daripada individu yang bernama Imam Mahdi. Bahkan Nabi s.a.w. telah mewajibkan semua umat Islam untuk ikut Imam Mahdi dan kumpulannya walaupun terpaksa merangkak di atas ais yang sejuk. Ini menunjukkan bahawa kesama tarafan pangkat yang diberikan oleh Nabi s.a.w. kepada Imam Mahdi menyamai dengan Khulafa’ Arrasyidin.
“Tidak akan berlaku hari Kiamat sehingga kaum Rum sampai di A’maq atau di Dabiq untuk menyerang kamu, maka datanglah suatu pasukan yang akan menghadapi mereka dari Kota Madinah yang mana  mereka pada waktu itu adalah manusia-manusia yang terbaik di muka bumi ini. Apabila mereka semua telah berbaris-baris ( siap untuk berperang ) berkatalah orang-orang Rum: ‘Biarkan kami membuat perhitungan dengan saudara-saudara kami yang tertawan ( kaum Rum yang telah masuk Islam )’. Kemudian kaum Muslimin berkata: ‘Kami tidak akan membiarkan kamu mengusik ( menyakiti ) saudara-saudara kami’. lalu mereka ( kaum Muslimin ) memerangi mereka. Dalam pertempuran itu, 1/3 dari tentera Islam melarikan diri dari pertempuran yang mana mereka tidak akan diampuni dosanya oleh Allah swt selam-lamanya dan 1/3 lagi dari tentera Islam tersebut tewas sebagai para syahid yang paling baik di sisi Allah swt. Sedangkan 1/3 lagi dari baki tentera tersebut mendapatkan kemenangan yang mana mereka tidak akan tersesat selama-lamanya, kemudian mereka menakluki kota Kontantin dan ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang, mereka telah menggantungkan pedang mereka di pohon zaitun. Ketika itu, syaitan berteriak; ‘Sesungguhnya al-Masih ad-Dajjal telah menguasai keluarga-keluarga kamu’. Kemudian mereka ( tentera Islam bersama Imam al-Mahdi ) bergerak pulang. Ketika mereka sampai di Syam, keluarlah ia ( Dajjal ) dan ketika kaum Muslimin telah bersiap-sedia untuk berperang, tiba-tiba masuklah waktu solat, maka turunlah Isa Ibnu Maryam as., kemudian baginda ( Isa ) pergi menuju dan menghadap kepada mereka dan apabila baginda ( Isa ) dilihat oleh musuh Allah swt maka ia ( Dajjal ) akan meleleh ( hancur ) seperti garam yang mencair dan sekiranya ia membiarkan hal tersebut sesungguhnya ia ( musuh Allah ) akan hancur ( meleleh ) sehingga binasa. Akan tetapi Allah swt berkehendakkan untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam, maka Isa Ibnu Maryam memperlihatkan darah Dajjal di tombaknya”.
-Diriwayatkan oleh Muslim
“Akan terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah, dan beliau lari ke Makkah, maka datanglah kepadanya orang-orang yang berasal dari penduduk Makkah, lalu mereka membawa lelaki tersebut secara paksa, kemudian mereka membai’ahnya antara Hajarul- Aswad dengan Maqam Ibrahim.
- Riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ummu Salamah
‘Aisyah Ummul-Mukminin ra. telah berkata:”Ketika tidur, tubuh Rasulullah SAW bergetar, lalu kami bertanya: ‘Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan, wahai Rasulullah?’, Rasulullah SAW menjawab: ‘Akan terjadi suatu kehancuran, iaitu bahawa sekelompok orang dari matku akan berangkat menuju ke Baitullah untuk memburu seorang ‘lelaki’ Quraisy yang pergi bersembunyi di Kaabah sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir ( al-Baida’ ), maka mereka ditelan bumi’. Kemudian kami bertanya: ‘Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?’. Baginda menjawab: ‘Betul, di antara mereka yang ditelan bumi itu adalah mereka yang sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang serta ada pula orang yang sedang musafir, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat, sedangkan mereka berasal dari arah ( niatnya ) yang berbeza-beza, kemudian Allah swt akan membangkitkan mereka pada hari kebangkitan menurut niat mereka masing-masing”.
- Diriwayatkan oleh Bukhari
“Seorang lelaki akan berlindung di baitullah ( Kaabah ), maka diutuslah suatu utusan ( oleh penguasa ) untuk mengejarnya, dan ketika mereka telah sampai di suatu padang pasir maka mereka terbenam ditelan bumi”.- Diriwayatkan oleh Muslim dari Ummu Salamah”Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak bererti akan kembali ke Baitullah, maka diutuslah ( oleh penguasa ) sekelompok tentera untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai di suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi”.
- Diriwayatkan oleh Muslim dari Hafsah Ummul-Mukminin ra.
“Sesungguhnya Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan sehingga pasukan tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka bahagian tengah pasukan itu ditelan bumi, maka berteriaklah pasukan bahagian hadapan kepada pasukan bahagian belakang, kemudian semua mereka ditenggelamkan oleh  bumi dan tidak ada yang tertinggal kecuali seorang yang selamat yang akan mengkhabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka”.
- Diriwayatkan oleh Muslim dari Hafsah Ummul-Mukminin ra.
“Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam, menuju ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang lelaki yang akan dijaga oleh Allah daripada mereka”.
- Diriwayatkan oleh Ahmad dari Ummu Salamah ra
Cuba saudara saudari bayangkan. Ketika peristiwa bangunan runtuh di New York. Kejadian tersebut telah dirancang dengan lebih awal dan diberi nama 911 . Cuba saudara-saudari tulis di kertas dengan huruf “911″ . Kemudian sila gariskan satu garisan di bawah huruf 911 (secara bersambung dengan huruf). Kemudian tambah satu huruf “1″ di belakang huruf “911″ (9111). Ianya menjadi huruf ALLAH . Ini menunjukkan walaupun sang musuh-musuh ALLAH mengaturkan rancangan demi rancangan. ALLAH juga mengatur rancangan. Dan ALLAH jualah Sebaik-baik Perancang. Cuba anda semua fikirkan selepas kejadian 911. Terdapat 1.5 juta warga USA yang memeluk Agama Islam secara besar-besaran. Sekarang terdapat 5 juta Islam Muallaf di USA. Ini termasuk Orang Puteh (Gentile), Yahudi, Latino dan Kulit Hitam. Walaupun musuh-musuh ALLAH cuba memadamkan Cahaya ALLAH. Tetapi ALLAH adalah Sebaik-baik Perencana. Kemasukan beramai-ramai ke Agama Islam di Barat adalah garisan di sebelah bawah huruf 911. Dan akhir sekali ALLAH akan tambahkan satu huruf Alif dibelakang huruf 911 untuk melengkapkan rancangan ALLAH dengan mengishtiharkan Imam Mahdi. Jadi lengkaplah rancangan ALLAH dengan terlengkapnya huruf ALLAH hasil dari terjadinya huruf 911 melalui rancangan jahat si Yahudi keparat.
Imam Mahdi bukanlah Ulama’ yang tersohor sebelum beliau dillantik menjadi Khalifah. Ulama’ tersohor adalah Pemuda Bani Tamim. Imam Mahdi sendiri adalah pengikut kepada Pemuda Bani Tamim, yakni sebelum beliau dilantik menjadi Khalifah.Ketika peperangan dunia ketiga meletus nanti, beberapa kerat Umat Islam yang sudah mengenali Imam Mahdi akan mengelilingi rumah Imam Mahdi dan memaksa Imam Mahdi pergi ke Mekah. Wallahu alam bissawab……..
Bagi pendapat saya, tentera Amerika akan menakluki Turki. Di sisi Nabi s.a.w. , Rom adalah bangsa Romawi atau Gentile (dalam kitab Yahudi) atau Orang Puteh (dalam kitab Melayu) atau Mat Salleh (bahasa pasar Malaysia). Sungai Furat di Turki akan naik kerana empangan hidro di negara Turki akan dipecahkan oleh tentera Amerika. Kemudian sungai Furat akan kering dan akan timbul emas-emas berkilau-kilauan. Orang-orang Turki akan berbunuh-bunuhan untuk merebut emas tersebut. Saya tidak nampak sebab-sebab untuk tentera Imam Mahdi untuk menakluki Italy dan Vatican. Yang saya nampak ialah Turki adalah pangkalan istimewa bagi Amerika untuk menakluki negara-negara Islam yang lain. Sedangkan dalam surah Yasin, tempat tinggal Habibun Najar adalah di negara Antokia (atau selatan Turki). Rajanya bernama Raja Antika (atau Antique). Beliau adalah Raja Rom kerana Antokia adalah sebahagian daripada kerajaan Rom. Begitu juga dalam penaklukan Constatinople oleh tentera Islam, Mohammad Al-Fateh. Nabi s.a.w. menerangkan bahawa Constatinople (di Turki) adalah jajahan Rom. Begitu juga dalam peperangan kuda kayu raksasa. Troy di dalam kitab Romawi bermakna orang-orang Turki. Dan mereka inilah tentera-tentera Rom. Selepas saya mengaitkan semua peristiwa ini, maka saya mengandaikan bahawa gereja timur Rom yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. ialah di timur Turki, yang bersempadanan dengan Armenia. Armenia bukanlah golongan Romawi. Armenia adalah termasuk dalam golongan Parsi. Kaum Armenia inilah satu-satunya pengamal kristian yang tidak menjadikan salib sebagai lambang. Jadi , saya percaya kitab Injil asli dipegang oleh kaum Armenia. Jadi , sempadan antara Rom dengan Parsi sebenarnya adalah sempadan antara Turki dengan Armenia.
Walaupun Rom berasal daripada pergunungan Caucasius di Georgia dan Russia. Namun mereka sudah lama berhijrah ke Eropah barat sejak ribuan tahun yang lampau. Berbalik kepada peristiwa ketika peperangan Imam Mahdi. Saya tidak nampak Italy dan Vatican adalah timur Rom . Saya juga tidak nampak kenapa Imam Mahdi mesti menyerang dan menakluki Italy dan Vatican. Yang saya nampak ialah Wilayah Balkan; iaitu Bulgaria, Macedonia, Bosnia dan sebagainya ; adalah tempat istimewa untuk Umat Islam kerana di sini terdapat ramai orang-orang Romawi yang beragama Islam. Tentera Imam Mahdi  perlu bertapak di Wilayah Balkan bagi melindungi Umat Islam di Balkan daripada di aniayai oleh puak-puak Freemason (iaitu Serb).Jadi sepatutnya Injil asli, tongkat Nabi Musa a.s. dan peralatan Baitul Maqdis sewajarnya berada di timur Turki iaitu di sempadan antara Turki dengan Armenia (iaitu di sebelah negara Turki).

Info terbaru, sekarang orang Puteh hendak berbaik-baik dengan Umat Islam. Sebab orang Puteh hendak bersatu dengan Umat Islam untuk lawan dengan Yahudi keparat
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: ” Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘Wahai Muslim, wahai Hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi “.

Info Tambahan – Biografi Syeikh Muhammad Nazim Adil Al-Qubrusi Al-Haqqani
Oleh: Dr. G. F. Haddad
Damaskus, 12 Rabi’ul Awwal 1425H, 1 Mei 2004
Sumber informasi: 



Segala puji dan syukur bagi-Mu, wahai Tuhan kami, yang telah membimbing kami pada samudera Rahmat dari Kebenaran-Mu dan Cahaya-Mu. Allaahumma! Kirimkanlah barakah dan salam kedamaian bagi junjungan kami Muhammad saw, penutup para Nabi dan utusan-Mu, yang membawa Perjanjian Terakhir “Quran al-Karim, juga bagi keluarga beliau dan seluruh sahabat-sahabat beliau, dan pewaris-pewaris beliau, baik yang hidup di masa lalu, maupun di masa kini, terutama pewaris dan wakil utama beliau di zaman ini. Hamba yang lemah ini, Gibril ibn Fouad diminta untuk “menulis biografi dan artikel tentang kekasih kita Mawlana Syaikh Nazim q.s. dalam beberapa kata-kata anda sendiri tentang kehidupan dan ajran-ajaran beliau, dan pengalaman anda bersama beliau”. Bulan ini adalah bulan Rabi’ul Awwal 1425H (Mei 2004) adalah saat paling tepat untuk melakukan hal ini. Semoga Allah swt. Mengilhamkan baik penulis maupun pembaca tentang Mawlana Syaikh Nazim q.s. agar memiliki gambaran yang adil dan tepat terhadap subjek yang mulia ini. Tak ada daya maupun kekuatan melainkan dengan-Nya. Sebagimana Dia melingkupi kebodohan kita dengan ilmu-Nya, semoga oula Dia melingkupinya dengan Rahmat-Nya, Amin! (Al-Hamdulillah, izin telah diperoleh dari Mawlana untuk merilis tulisan ini pada hari ini.)
Nama lengkap Mawlana adalah Muhammad Nazim “Adil ibn al-Sayyid Ahmad ibn Hasan Yashil Bash al-Haqqani al-Qubrusi al-Salihi al-Hanafi q.s., semoga Allah SWT mensucikan ruhnya dan merahmati kakek moyangnya. Kunya (nama panggilan) beliau adalah Abu Muhammad “dari nama anak laki-laki tertua beliau” selain itu beliau pula adalah ayah kepada Baha’uddin, Naziha, dan Ruqayya.
Beliau dilahirkan pada tahun 1341H (1922M) di kota Larnaka, Cyprus (Qubrus) dari suatu keluarga Arab dengan akar-akar budaya Tatar. Beliau mengatakan pada saya bahwa ayah beliau adalah keturunan dari Syaikh “Abdul Qadir Al-Jailani q.s. Diceritakan pula pada saya bahwa ibu beliau adalah keturunan dari Mawlana Jalaluddin ar-Rumi q.s. Ini menjadikan beliau sebagai keturunan dari Nabi suci Muhammad saw, dari sisi ayahnya, dan keturunan dari Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq as dari sisi ibunya.
Setelah menyelesaikan pendidikannya di Cyprus, Mawlana melanjutkan ke perguruan tinggi di Istanbul dan lulus sebagai sarjana Teknik Kimia. Di sana, beliau juga belajar bahasa Arab dan Fiqh, dibawah bimbingan Syaikh Jamal al-Din al-Alsuni q.s. (wafat 1375H/1955M) dan menerima ijazah dari beliau. Mawlana juga belajar tasawwuf dan Thariqat Naqsybandi dari Syaikh Sulayman Arzarumi q.s. (wafat 1368H/1948M) yang akhirnya mengirim beliau ke Syams (Syria).
Mawlana melanjutkan studi Syari’ah-nya ke Halab (Aleppo) Hama, dan terutama di Homs. Beliau belajar di zawiyyah dan madrasah masjid sahabat besar Khalid ibn al-Walid di Hims/Homs di bawah bimbingan Ulama besarnya dan memperoleh ijazah dalam Fiqh Hanafi dari Syaikh Muhammad “Ali “Uyun al-Sud g.s. dan Syaikh “Abd al-Jalil Murad q.s., dan ijazah dalam ilmu Hadits dari Muhaddits Syaikh “Abd al-Aziz ibn Muhammad “Ali “Uyun al-Sud al-Hanafi q.s.
Perlu dicatat bahwa yang terakhir adalah salah satu dari sepuluh guru hadits dari Rifa’I Hafizh di Aleppo, Syaikhul  Islam “Abd Allah Siraj al-Din q.s. (1924-2002M), yang duduk berlutut selama dua jam di bawah kaki Mawlana Syaikh “Abdullah Faiz Daghestani q.s. ketika yang terakhir ini mengunjungi Aleppo di tahun 1959 dan yang memberikan bay’at dalam Thariqat Naqsybandi pada Mawlana Syaikh Nazim q.s., ketika Mawlana Syaikh Nazim q.s. mengunjunginya terakhir kali di Aluppo di tahun 2001, sebagaimana diriwayatkan pada saya oleh Ustadz Muhammad ‘Ali ibn Mawlana al-Syaikh Husayn ‘Ali q.s. dari Syaikh Muhammad Faruq ‘Itqi al-Halabi q.s. yang juga hadir pada peristiwa terakhir itu.
Mawlana Syaikh Nazim q.s. juga belajar di bawah bimbingan Syaikh Sa’id al-Siba’I q.s. yang kemudian mengirim beliau ke Damaskus setelah menerima suatu pertanda berkaitan dengan kedatangan Mawlana Syaikh “Abdullah Faiz Ad-Daghestani q.s. ke Syria. Setelah kedatangan awal beliau ke Syria dari Daghestani di akhir tahun 30-an, Mawlana Syaikh ‘Abdullah q.s. tinggal di Damaskus, tetapi sering pula mengunjungi Aleppo dan Homs. Di kota yang terakhir inilah, beliau mengenal Syaikh Sa’id al-Siba’I q.s yang adalah pimpinan dari Madrasah Khalid bin Walid. Syaikh Sa’id q.s. menulis pada beliau (Mawlana Syaikh ‘Abdullah q.s.), “Kami mempunyai seorang murid dari Turki yang luar biasa, yang tengah belajar pada kami”. Mawlana Syaikh ‘Abdullah q.s. menjawab padanya, “Murid itu milik kami, kirimkan dia kepada kami!” Sang murid itu adalah guru kita, Mawlana Syaikh Nazim q.s., yang kemudian datang ke Damaskus dan memberikan bay’at beliau pada Grandsyaikh kita pada kurun waktu antara tahun 1941 dan 1943.
Pada tahun berikutnya, Mawlana syaikh ‘Abdullah q.s. pindah ke rumah baru beliau yang dibeli oleh murid Syria pertamanya, dan khalifahnya yang masih hidup saat ini, Mawlana syaikh Husayn ibn ‘Ali ibn Muhammad ‘Ifrini al-Kurhani ar-Rabbani al-Kurdi as-Syaikhani al-Husayni q.s. (lahir 1336H/1917M), semoga Allah SWT mensucikan ruhnya dan merahmati kakek moyangnya di Qasyoun, suatu gunung yang menghadap Damaskus, yang Allah SWT berfirman tentangnya; “Demi Tiin dan buah Zaitun! Demi Bukit Sinai! (QS 95:1-2). Qatadah dan al-Hasan al-Basri berkata, “AtTiin adalah  gunung di mana Damaskus terletak (Jabal Qasyon) dan Zaitun adalah Gunung di mana Jurusalem terletak.” Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq, al-Tabari, al-Wahidi, al-Bayzawi, Ibn al-Jawzi, Ibn Katsiir, al-Suyuti, as-Syaukani, dan lain-lain, semua dalam tafsir-tafsir mereka.
Mawlana Syaikh Nazim q.s. juga membeli sebuah rumah dekat rumah Grandsyaikh dan bersama Mawlana Syaikh Husayn q.s., membantu membangun Masjid al-Mahsi, Masjid Grandsyaikh, yang akhir-akhir ini diperbesar menjadi sebuah Jami’, di mana di belakangnya terletak maqam dan Zawiyyah Grandsyaikh, di tempat mana, hingga saat ini, makanan dan sup ayam yang lazat disiapkan dalam kendi-kendi yang besar dan dibagi-bagikan bagi kaum fuqara dan miskin dua kali dalam seminggu.
Kemudian Mawlana Syaikh Nazim tinggal di Damaskus sejak pertengahan tahun 1940an hingga awal 80-an, sambil sesekali melakukan perjalanan untuk belajar atau sebagai wakil dari Grandsyaikh, hingga Grandsyaikh wafat di tahun 1973. Setelah itu, Mawlana tinggal di Damaskus beberapa tahun sebelum kemudian pindah ke Cyprus.
Jadi, Mawlana, yang aslinya Cypriot, dan Grandsyaikh, yang asalnya Daghistani, keduanya telah menjadi penduduk Damaskus “Syamiyyun” dan tinggal di distrik orang-orang salih (as-salihin) yang disebut  salihiyya! Tak ada keraguan lagi, bahwa pentingnya Damaskus bagi Mawlana dan Grandsyaikh adalah kerana Syam adalah negeri yang penuh barakah dan terlindungi melalui para Nabi dan Awliya’.
Imam Ahmad dan murid beliau, Abu Dawud meriwayatkan dengan isnad (rantai) yang sahih bahwa Nabi suci bersabda, “Kalian harus pergi ke Syam. Tempat itu telah terpilih secara Ilahiah oleh Allah SWT diantara seluruh tempat di bumi-Nya ini. Di dalamnya Dia melindungi hamba-hamba pilihan-Nya; dan Allah SWT telah memberikan jaminan padaku berkenaan dengan Syam dan penduduknya!”
Bacaan selanjutnya sila klik link berikut:
Rujuk juga: Naqshbandi Haqqani