Panji Hitam

http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif

Sunday 26 February 2012

Sejarah Bani Israel - Menyelusuri Kembali Ke Zaman Silam Nabi Yaakob



Perhatian kepada penonton sebelum anda klik butang 'Play':
Pertimbangan wajar para penonton adalah diharapkan, terutama tehadap watak-watak utama yang memaparkan Nabi Yaakob dan lain-lainnya. Objektif penayangan filem ini adalah merujuk kepada penceritaan semula kisah kehidupan dan perkembangan tamadun Bani Israel secara interaktif yang boleh menarik perhatian penonton, terutama kepada mereka yang kurang gemar membaca. Informasi yang berguna  dan mudah difahami ini adalah diharapkan dapat meningkatkan kefahaman kita terhadap perjalanan sejarah bangsa-bangsa manusia dari zaman dahulu hingga sekarang. Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah digelar 'Bapa Bangsa-bangsa', manakala Nabi Adam adalah digelar 'Bapa Manusia',....selamat menonton.

Asal Kaum / Bangsa Yahudi


Hasil perkahwinan Nabi Yaakob dengan Leia adalah kelahiran anak-anaknya yang bernama:
1. Yahuda@Yahudza@Judah
2. Levi.

Maka dari keturunan Yahuda itulah lahirnya Bangsa/Kaum Yahudi sekarang ini. Perlu dibezakan antara Bani Israel dangan Bangsa Yahudi. Bangsa Yahudi adalah pecahan suku dari Bani Israel. 

Orang Yahudi ni bertaburan diseluruh dunia sehingga susah nak dibezakan. Ada yahudi yang berkulit gelap macam negro, ada yang bermata sepet macam cina dan ada juga yang berkulit sawo matang macam melayu.

Meski pun mereka ni berlainan dari segi fizikal tetapi mereka akan mudah menjadi mesra bila bertemu kerana ikatan keagamaan mereka yang unik dalam agama yahudi. Azam mereka untuk memiliki negara mereka sendiri tak pernah padam.

Orang yahudi ini terkenal dgn kebijaksanaan dan hebat pelbagai bidang, yang anda sedia maklum dalam bidang ekonomi.

Di dalam Al-Quran bangsa Yahudi di kaitkan dengn Bani israel yang bersifat degil dan keras kepala serta sanggup membunuh nabi nabi yang membawa utusan Allah.  Bangsa yahudi ni berasal dari puak 'aabir' ataupun 'ibri' dari selatan Iraq. Mereka ini di katakan berasal dari keluarga Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim adalah putera Azar {Tarih} bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Shalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh a.s. Dia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon" yang pada waktu itu di perintah oleh seorang raja bernama "Namrud bin Kan'aan." 


Nabi Ibrahim kemudian pindah ke negeri Kaldaan (kawasan sekitar bandar Baghdad sekarang) kira-kira 2000 tahun sebelum masihi (s.m.). Dari situ mereka berpindah pula ke kawasan bukit-bukau di Palestin (Kana'an). Keluarga Nabi Ibrahim kemudian berpindah pula ke Mesir.


Sewaktu di Mesir, Raja Mesir menghadiahkan kpd nabi ibrahim a.s seorang ‘hamba’ bernama Siti Hajar (yang sebenarnya adalah puteri raja mesir itu sendiri, kerana malu dengan Nabi Ibrahim atas rasa bersalah dan berdosa berkehendak dengan isteri Ibrahim – Siti Sarah). Hasil dari perkahwinan tersebut mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Selepas Ismail, Nabi Ibrahim mendapat seorang lagi anak lelaki dari isteri pertamanya Sarah, bernama Ishak.


Sarah,ketika mengandung telah pun berusia 90 tahun. Ishak kerap bersama ayahnya untuk berdakwah di daerah Kana'an dan Sam -Palestin. Ishak berkahwin dengan Rifqah, anak perempuan Nahur dan cucu saudara Nabi Ibrahim dan hasil perkahwinan itu, mereka mendapat dua anak anak lelaki, Ishu dan Yaakob.

Yaakob kemudian berpindah kembali ke kampung halaman asal datuknya, Ibrahim di negeri Iraq.

Dua puluh tahun kemudian, Nabi Yaakob kembali semula ke Palestin, membeli tanah utk bertani dan mendirikan tempat korban yang diberi nama "bait eil:' 

Nabi Yaakob mempunyai 12 orang anak lelaki. Yahuda @ Yahudza @ Judah, adalah salah seorang daripada anak lelaki Nabi Yaakob dengan isterinya yang bernama Leiah. Dari Yahuda inilah maka lahirnya suku Yahuda atau lebih dikenali dengan panggilan Yahudi, salah satu dari padanya ialah suku Bani Israel. Raja atau Nabi Daud dan Sulaiman adalah dari Suku Yahuda.


Seorang lagi anak lelaki Yaakob bernama Levi, juga hasil dari perkahwinan dengan Leiah. Keturunan Levi telah mendapat kepercayaan oleh kaum Bani Israel untuk menjadi golongan pendeta. 


Nabi Musa dan Nabi Harun berasal dari suku Levi. Hasil perkahwinan Nabi Yaakob dgn Rahil, mereka mendapat dua anak bernama Bunyamin dan Nabi Yusof. Dari keturunan bunyamin, Raja Thalut muncul iaitu Raja Yahudi yang pertama sebagaimana kisahnya dalam Al-quran mengenai Thalut dan Jalut.Nabi Daud a.s adalah raja kedua  bani israel.

96% Yahudi hari ini adalah terdiri dari bangsa Khazaria pecahan dari Aryan Turki. Bangsa Khazaria adalah dari sebuah empayar besar khazar yang pernah didirikan di eropah timur yang menganuti agama yahudi. Mereka tidak berhak mendakwa bumi pelestin adalah tanah air nenek moyang mereka kerana mereka bukan dari keturunan Yahuda. Mereka hanya menganuti agama yahudi selepas pemerintah khazaria mengarahkan rakyatnya berbuat demikian. Mereka berasal dari selatan rusia dan terusir bila di serang dan di hancurkan oleh Genghiz Khan dan terpaksa berpindah dan menjadi pelarian ke beberapa negara lain mencari pelindungan.

Kemunculan yahudi sekarang ni banyak di asaskan oleh yahudi Poland dan Rusia dan mereka melobi kepada yahudi dari negara lain supaya menyokong gagasan dan wawasan zionis. Zionis berasal dari perkataan "zion" bererti Jurusalem (tanah Israel).

Misi utama mereka ialah mengumpul yahudi seluruh dunia dengan menubuh satu negara di tanah Pelestin. Pengasasnya dan presiden gagasan zionis ini adalah Theodore Herzl dan di tubuhkan pada tahun 1897.

Yahudi sekarang ni terbahagi kepada dua: 
Yahudi Sephardim (http://en.wikipedia.org/wiki/Sephardim) kebanyakan dari timur eropah termasuk Sepanyol, Portugal, Perancis, Andorra

Yahudi Ashkenazim (http://en.wikipedia.org/wiki/Ashkenazi) kebanyakan dari Jerman dan sekitarnya (lihat ….Pertubuhan Nazi oleh Hitler).

Pada 14 Mei 1948, David Ben Gurion mengishtiharkan kelahiran negara Israel selepas tamatnya mandat British ke atas bumi Palestin. Selepas mendapat kuasa memerintah, askar askar yahudi yang terdiri daripada samseng samseng terus membalas dendam ke atas orang arab palestine.  Mereka bertindak membunuh, menyembelih dan mengusir keluar dari penduduk palestin dari rumah-rumah mereka. Dan mereka terus mengganas dan berlaku zalim hingga ke hari ini.


Bangsa apakah Nabi Ibrahim? ........Bangsa Ibrani (Hebrew).

Sumber informasi diambil dari: halaqah.net

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.