Panji Hitam

http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif

Saturday 25 February 2012

Melayu Nusantara

BANGSA-BANGSA AUSTRONESIA








Terjemahan:

Tamadun Pelayaran Kapal: Menuntut Kembali Warisan Austronesia Kami.
Oleh Hokulani Kina’u

Terjemahan oleh : Syeikhkraf A.R.



Austronesia adalah terdiri dari satu kumpulan bahasa dan wilayah budaya terbesar dunia. Ianya juga merupakan salah satu daripada beberapa tamadun pribumi yang telah berkembang  dalam pasifik.

Austronesia terbentang dari Aotearoa (New Zealand) ke Madagascar, ke Malaysia , ke Hawai’I hingga ke Rapa Nui (Pulau Easter).

Ianya termasuk kumpulan-kumpulan seperti orang Champa di Vietnam selatan, Rukai di Taiwan, Ma’ohi di Tahiti, Malgasi – Madagascar, Chamorro – Guam dan pelbagai orang lain Pasifik.





Walaupun ianya luas, semua bahasa dalam Austronesia berasal dari bahasa induk atau bahasa asal ibunda kurang dari 6,000 tahun yang lalu, dan semua bahasa pertuturan moden di seluruh Austronesia bermula dengan dialek masing-masing, sebagaimana Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugis bermula dari Bahasa Latin sehingga muncul pelbagai bahasa yang berkaitan.

Bahasa austronesian terdiri dari bahasa-bahasa asli Malaysia, Filipina, Taiwan, Hawaii, samoa, Aotearoa New Zealand, Tahiti, Rapa Nui, Madagascar dan Mikronesia.




Bahasa-bahas tersebut mengekalkan kebanyakan bahasa nenek moyang dahulu (juga sebagai budaya) menjadikan ianya agak mudah untuk menunjukkan bagaimana budaya Austronesia saling berkaitan yang masih ujud sehingga sekarang. Sebagai contoh, dibawah adalah sebutan nombor dalam pelbagai bahasa Austronesia serta foto-foto wajah orang-orang Austronesia:


                         

Austronesia adalah terdiri dari satu kumpulan bahasa dan wilayah budaya terbesar dunia. Ianya juga merupakan salah satu daripada beberapa tamadun pribumi yang telah berkembang  dalam pasifik.

Austronesia terbentang dari Aotearoa (New Zealand) ke Madagascar, ke Malaysia , ke Hawai’I hingga ke Rapa Nui (Pulau Easter).

Ianya termasuk kumpulan-kumpulan seperti orang Champa di Vietnam selatan, Rukai di Taiwan, Ma’ohi di Tahiti, Malgasi – Madagascar, Chamorro – Guam dan pelbagai orang lain Pasifik.
  
Walaupun ianya luas, semua bahasa dalam Austronesia berasal dari bahasa induk atau bahasa asal ibunda kurang dari 6,000 tahun yang lalu, dan semua bahasa pertuturan moden di seluruh Austronesia bermula dengan dialek masing-masing, sebagaimana Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugis bermula dari Bahasa Latin sehingga muncul pelbagai bahasa yang berkaitan.

Bahasa austronesian terdiri dari bahasa-bahasa asli Malaysia, Filipina, Taiwan, Hawaii, samoa, Aotearoa New Zealand, Tahiti, Rapa Nui, Madagascar dan Mikronesia.

Bahasa-bahas tersebut mengekalkan kebanyakan bahasa nenek moyang dahulu (juga sebagai budaya) menjadikan ianya agak mudah untuk menunjukkan bagaimana budaya Austronesia saling berkaitan yang masih ujud sehingga sekarang. Sebagai contoh, dibawah adalah sebutan nombor dalam pelbagai bahasa Austronesia serta foto-foto wajah orang-orang Austronesia:
       
Perkataan tertentu dan konsep yang lain juga kekal. Contohnya, “mana” adalah perkataan akar untuk  “Warisan”  dan  “sesuatu  yang  diturunkan  dari  nenek  moyang”  dalam  hampir  semua bahasa Austronesia.

Istila Jawa kuno untuk tanak, kampung, suku kaum atau yayasan adalah ‘Anyartika’. Suku kaum bumiputera telah disebut sebagai “Anak Antartika”. Antartika mempunyai erti yang sama dengan perkataan “honua” di Hawaii dan “whenua” dalam Bahasa Maori.

Kepercayaan ini juga menjadi budaya yang terdapat di seluruh Austronesia. Sebagai contoh, pantang larang menyentuh kepala, pantang larang meludah, pemujaan nenek moyang, penggunaan tumbuhan tertentu untuk upacara ritual (seperti keladi dan dau –ti), beraja ‘bilinneal’, “Bedanya”. Berkhatan, pantang larang pada pakaian, dan tradisi pemerintahan beraja. Austronesia, juga dipercayai menjadi salah satu masyarakat bertani dan pelaut yang terawal.

Di samping itu juga, terdapat di Hawaii, filipina, Samoa dan Indonesia, tradisi percakapan secara lisan sebagai interaksi Austronesia yang sekali lagi menunjukkan bahawa bukan sahaja ada pertalian nenek moyang, malah ianya adalah pertalian yang berterusan.

Dengan bahasa serta unsur-unsur budaya yang ‘serupa’, apakah ini bermakna bahawa terdapat keturunan genetik yang sama?

Menurut kepada beberapa kajian DNA yang telah dijalankan dalam tempoh 20 tahun yang lalu. Termasuk ujian mtDNA (yang diguna dalam kes-kes mahkamah), jawapannya adalah ‘YA’.

Kajian mtDNA dari kedua-dua belah pihak bapa dan ibu daripada pelbagai kumpulan orang di Pasifik telah menunjukkan bahawa Orang Hawaii, Samoa, Indonesia, Tahiti, Maori, Filipina, Taiwan, Peribumi Melayu, Malagasi dan Champa tidak sahaja berkaitan dengan bahasa dan budaya asli, malah mereka berkait dengan keturunan nenek moyang yang sama. Bahasa Austronesia ini disebarkan oleh kumpulan stok genetik yang sama kurang dari 5,000 tahun yang lalu.

Malah, menurut kajian moden, gen ini hanya boleh didapati di Pasifik dan ini menunjukkan bahawa gen tersebut adalah asli rantau Pasifik dan berkembang hanya dalam tempoh populasi Austronesia. Jadi, bukan sahaja persamaan dalam bahasa “Mana” malah persamaan dalam segi genetik keturunan nenek moyang yang sama dalam rantau Pasifik.

Ketika ini ramai mengaitkan istilah “Polynesia” dengan “Segitiga Polinesia”. Perkataan “Polinesia” dicipta oleh Charles de Brosses dalam tahun 1756. Ini bermakna semua pulau Pasifik adalah dari Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Tahiti.

Apabila Kepten Cook menjejakkan kai di Hawaii pada tahun 1778, beliau mengatakan bahawa negara Polinesia adalah negara terbesar di dunia.

Tiada konsep ‘Segitiga Polinesian’ sehinggalah 40 tahun selepas Kepten Cook dan konsep itu hanya diterima umum hanya pada abad ke-20 selepas Pasifik menjad sebahagian empayar pelbagai penjajah.

Maka apabila Kepten Cook merujuk kepada Polinesia, ianya bermaksud dengan apa yang kita panggil “Austronesia” hari ini, sebagaimana yang dimaksudkan oleh de Brosses pada awalnya merujuk kepada “Polynesia”. Sepertimana pada lewat 1850an, Indonesia, Filipina, dan Tanah Melayu semuanya dipanggil – Polinesia. Pengembara Inggeris, George samuel Windsor Earl menyebutnya dengan istilah “Indonesia” untuk menggambarkan : ‘Bahawa cawangan bangsa Polinesia yang terkandung dalam kepulauan India’. Istilah “Indonesia” kemudian telah diterima pakai oleh James Logan untuk menghuraikan semua “orang prasejarah” (orang asli) dari Formosa hingga Papua.

Penjajahan Eropah ke atas kawasan Pasifik pada abad ke-19 telah memecahkan sebagaimana Afrika kepada dua bahagian – Kepulauan Melayu (Nusantara) dan ‘Segitiga Polinesia. Tindakan itu bukanlah kerana pengaruh budaya atau bahasa , tetapi ianya adalah untuk menanda sempadan pengaruh pentadbiran serta penjajahan British, Belanda, Jerman dan Perancis di rantau Pasifik.

Syarat-syarat inilah yangtelah diterapkan sebagai ‘imiginasi popular’ melalaui sekolah dan sistem agama yang mereka cuba kenakan untuk mengasingkan bangsa Austronesia  (pecah dan perintah) antara satu sama lain atas sebab-sebab politik dan ekonomi.

Austronesia (Kepulauan Selatan) adalah merujuk kepada Pplynesia dan Malayo-Polinesian untuk menggambarkan rakyat, budaya dan bahasa-bahasa Austronesia.

Pada er 180an, Austronesia mula menggatikan “Malayo-Polynesian” bagi komuniti saintifik kerana Malayo-Polynesian tersirat dua kategori berasingan kaum sedangkan pada hakikaktnya ia adalah kawasan yang sama budaya dan genetik.

Sebelum ini, terdapat juga pergerakan dalam Austronesia pada lewat abad ke 19 dan 20 untuk sama-sama mengintegrasikan Austronesia.

Raja Kalakaua dari Hawaii melawat Malaysia pada tahun 1881, sultan Abu Bakar berkata bahawa Hawaii adalah sebahagian daripada Dunia Melayu dan orang-orang dari kaum yang sama, bersaudara berkongsi nenek moyang maritim serta tamadun.

Dalam tahun 1920an, terdapat gerakan Pan-Melayu di Indonesia dan Malaysia. Wenceslao Vinzons, presiden salah satu pertubuhan Pan-Melayu utama di Filipina percaya bahawa, hari ini, Austronesia terdiri daripada lebih 300 juta orang dan termasuk beberapa negara-negara yang terbesar dan terkecil di dunia. Malangnya, ia juga termasuk sebahagian dari sisa-sisa terakhir di dunia penjajahan.

Ianya adalah sebuah rantau di mana agama pribumi, Buddha, Hindu, Islam dan Kristian dianuti. Ia adalah campuran pelbagai tamadun yang berusia lebih 5,000 tahun dan melahirkan empayar maritim yang hebat – inovasi pertanian moden, negara-negara bangsa dn kerja-kerja yang menakjubkan seperti seni batu , pandan dan kayu. Ia adalah tamadun kenu dan teres nenek moyang yang timbul semula hari ini melalui pelayaran kapal (kanu) sebagaimana pelayaran Hokule’a dan baru-baru ini ‘Balangay’ itu.
     
  

Download:     


     

        
  


                                     
                                                           

                 
  
  
              



             
         
          


                                 
                                                     

                 
    
   
     
          
                                                                 
                            

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.