Panji Hitam

http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif

Monday 27 February 2012

Nabi Ibrahim Adalah 'Bapa Bangsa-bangsa'.

Menyelusuri kembali ke zaman silam secara interaktif melalui penceritaan filem. 


Perhatian kepada para penonton:
Pertimbangan rasional penonton adalah diharapkan. Semoga watak Nabi Ibrahim yang dilakonkan tidak menjadi isu dari filem ini. Filem ini dibuat oleh penerbit berpandukan Kitab Injil versi Genesis. Terdapat fakta yang bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Al-Quran, terutamanya babak Nabi Ibrahim yang mendapat perintah Tuhan untuk mengorbankan anaknya. Dalam filem ini, anak yang dikorbankan adalah anaknya Ishak (Isaac) sedangkan fakta sebenar dalam Al-Quran adalah anaknya Ismail dari isterinya Hajar. Dan Siti Hajar bukanlah dayang atau gundik Raja Namrood (Kerajaan Firaun Asal), sebaliknya adalah puteri raja itu sendiri, 'dihadiahkan' kepada Nabi Ibrahim kerana raja tersebut malu dan rasa berdosa kerana berkehendak kepada isteri Nabi Ibrahim iaitu Sarah. Raja tersebut memperakui kehebatan Nabi Ibrahim dan merasakan bahawa Nabi Ibrahim bukanlah manusia sembarangan. Inilah sebenarnya kepalsuan Yahudi yang merubah fakta sejarah dan mendakwa Nabi Ismail adalah keturunan gundik raja dan bangsa keturunan Yahudi dari Nabi Ishak adalah bangsa yang mulia mengatasi bangsa-bangsa lain. Apa pun, kisah dalam filem ini boleh menjadi informasi berguna tentang perjalanan hidup Nabi Ibrahim dan bangsa-bangsa yang menjadi keturunannya .......selamat menonton :








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.