Persatuan Keluarga Saman
Cawangan Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya, Selangor telah mengadakan hari
keluarganya yang pertama pada penghujung tahun 2004 di Astana Dugang Resort.
Sambutan dan penyertaan ahli-ahli adalah sangat membanggakan. Suasana hari
keluarga yang ceria serta keakraban silaturahim yang ujud ketika itu
meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati setiap ahli sehingga kini malah
terasa seperti ianya baru saja berlaku semalam. Walaupun waktu perancangan dibuat
dalam masa yang singkat, Alhamdulillah Hirobbil ‘Alamin, aktiviti-aktiviti yang
memenuhi hari keluarga terlaksana dengan lancar dan penuh kegembiraan. Majlis
tahlil, aktiviti sukaneka, pertandingan memancing dan pertandingan karaoke yang
disertai oleh peserta dewasa dan kanak-kanak masih lagi menjadi ingatan yang
sukar untuk dilupakan. Ikan Talapia Merah dan Jelawat yang banyak, hasil dari
tangkapan pertandingan memancing menjadi bahan jamuan istimewa (ikan bakar)
pada ketika itu.
Bersandarkan kepada
kenyataan di atas, pucuk pimpinan Persatuan Keluarga Saman Cawangan Taman Dato’
Harun mengesyorkan agar ianya dianjurkan semula dan menjadi hasrat semua untuk menjadikan program Hari Keluarga
Saman sebagai acara tahunan. Hasil dari perjumpaan pertama yang dihadiri oleh majoriti
ahli Saman Cawangan Taman Dato’ Harun pada 18 Februari, 2012 (Sabtu, 25 Rabi’ul
Awal, 1433), bertempat di rumah Encik Mohd Yunus, maka terlantiklah Jawatan
Kuasa Penganjur dan Jawatan Kuasa Kerja untuk membuat perancangan rapi bagi
mengadakan Hari Keluarga Saman 2012 ,dan sebulat suara majlis mesyuarat
bersetuju ianya dinamakan sebagai ‘SANTAI KELUARGA SAMAN 2012’
Majlis mesyuarat yang
pertama telah sebulat suara bersetuju untuk memberi Tema Santai Keluarga Saman
2012 dengan ‘OMBAK RINDU’. Bertepatan dengan suasana tempat di adakan hari
keluarga, iaitu pantai dan laut yang mempamirkan keadaan air laut yang
bergelombang atau berombak, ketenangan laut yang saujana mata memandang, sesungguhnya
menjadi simbolik dan cermin kepada manusia itu sendiri. Setitis air adalah
seperti seorang manusia yang keseorangan dan sunyi, maka ianya rindu untuk
bergabung dengan titis-titis air lainnya menjadi lautan yang bergerak dengan
alunan ombak yang tenang. Maka begitulah dengan ahli-ahli saman yang sudah
terlalu lama tidak bertemu dengan saudaranya, pasti akan merindui untuk kembali
berjumpa dengan saudaranya bagi memperingati ‘sumpah sehina semalu’ yang telah
diikrarkan suatu ketika dahulu. Perpaduan Keluarga Saman mesti diperkukuhkan
demi perjuangan kita untuk mempertahankan Agama Islam, Bangsa dan Negara , maka
kukuh dan bersatulah kita dalam Kalimah ‘Laa
Ilaa Ha Ilallah, Muhammadar
Rasulullah’.
Nostalgia Tanjung Tuan - 1999
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.