Episod
Akhir Sandiwara Bumi I
Oleh : Raden Agus Adiputra.
29 Februari 2012 (7 Rabiul
Akhir 1433Hijrah)
Pendahuluan
Pada
asalnya Allah SWT menciptakan bumi dan langit itu satu (bercantum), sebagai
permulaan episod ‘ceritera’, dan asal dari segala kejadian benda hidup itu
adalah dari unsur air sebagaimana firman Nya dalam Al Quran:
“Dan tidakkah
orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan
bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami
pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang
hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
Setelah itu Allah SWT pisahkan bumi dengan
langit (teori big bang) dan mempersiap serta memperlengkapkan bumi untuk dihuni
oleh makhluk-makhluk yang akan diciptakannya sebagaimana firman Nya dalam ayat
yang berikutnya :
“Dan Kami telah
menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak
menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan
lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan
jasmani.”
Apakah manusia , bermula dengan
Nabi Adam a.s. sebagai yang pertama adalah makhluk awal yang Allah ciptakan
menghuni bumi ini? Penjelasan Al-Quran jualah yang benar menjelaskannya
sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan (ingatlah) ketika
Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan
itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di
bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Maka jelaslah maksud dari ayat
tersebut di atas bahawa, sebelum Adam (manusia pertama) diciptakan sudah ada
makhluk berakal dan bernafsu lain yang menghuni dan mentadbir bumi ketika itu
dan mahkluk itu telah melakukan kerosakan di bumi malah berperang sesama
sendiri berbunuh-bunuhan. Maka tibalah fasa dalam episod awal ‘sandiwara’ bumi
dimana Allah SWT berkehendak untuk menggantikan makhluk-makhluk perusak itu
mentadbir bumi dengan menciptakan Adam dan menjadi khalifahnya yang baru di
muka bumi.
Episod Pertama Sandiwara Bumi – Penciptaan
Adam (Manusia), Khalifah Pengganti di Bumi.
Sebagaimana umum telah ketahui
tentang sejarah cerita Nabi Adam, sebagai manusia pertama di mukabumi, sebelum
Allah SWT ‘menurunkannya’ (menghantar) ke bumi, Allah SWT telah menciptakan
HAWA sebagai pasangannya (isteri) dibumi, yang kelak melahirkan anak-anak dan
berkembang biak menjadi jutaan manusia (statistik terkini – populasi manusia
seluruh dunia adalah mencecah angka 7 biliun). Maka gelaran yang sinonim dengan
Nabi Adam adalah ‘Bapa Manusia’.
Sumber dari Al-Quran dan Kitab-kitab
lama memaparkan informasi keturunannya (anak-anak) menerusi kelahiran dari
isterinya Hawa (‘Ibu Manusia’), seperti Qabil dan Habil. Setiap kali kelahiran
dari Siti Hawa, mereka dikurniakan pasangan kembar dua (lelaki-perempuan).
Kelahiran pertama adalah Qabil dengan pasangan kembarnya Iqlima. Kelahiran
kedua adalah Habil dan pasangan kembarnya Labuda. Pada awalnya, Nabi Adam telah
menetapkan peraturan (melalui wahyu dan pertunjuk Allah SWT) yang anak-anaknya
hanya boleh berkahwin dengan pasangan adik perempuan yang berlainan, iaitu
Qabil berkahwin dengan adik kembar Habil, Labuda dan Habil dengan kakaknya
Iqlima. Namun Qabil tidak bersetuju dengan peraturan itu kerana merasakan adik
kembarnya sendiri (Iqlima) adalah lebih cantik dari adik kembar Habil (Labuda).
Untuk memutuskan masalah antara
Qabil dan Habil berkenaan pasangan hidup mereka itu, Adam (melalui wahyu dan
perintah Allah SWT) telah memerintahkan Qabil dan Habil mempersembahkan korban
kepada Tuhan (Allah SWT) dan korban mana dari keduanya yang diterima Allah SWT
berhak menentukan isteri pilihannya. Ditentukan Allah, korban Habil diterima
atas dasar keikhlasan dan bahan korban(binatang sembelihan – kerja Habil adalah
sebagai penternak biri-biri) yang sempurna (sihat dan cukup syarat), sebaliknya
hal Qabil yang bersifat kedekut dan tidak ikhlas (sebagai petani –
mempersembahkan hasil tanaman yang layu). Kenyataan dan kebenaran kisah ini
telah termaktub dalam Al Quran seperti berikut:
“Dan bacakanlah (wahai
Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil)
yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu
persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima
korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari
yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan
membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban)
dari orang-orang yang bertaqwa;
(Al-Maaidah
5:27)
“Maka nafsu jahat
(Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia
membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.”
“Kemudian Allah
hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya,
diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil)
berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku
tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat
saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang
menyesal.”
Tiga Pengajaran dari Kisah
Qabil dan Habil melalui ayat-ayat Al Quran yang tersebut di atas adalah:
1. Berlakunya pembunuhan pertama manusia (manusia membunuh manusia).
2. Syariat Korban sembelihan binatang yang menjadi tradisi dari Zaman
Nabi Adam hinggalah kezaman Nabi Muhammad S.A.W yang mensyaratkan kesempurnaan
dalam amalan berkorban (binatang yang sempurna – sihat dan cukup syaratnya)
3. Peraturan (syariat) mengkebumikan mayat ke dalam tanah.
Syariat yang membolehkan
perkahwinan sesama saudara kandung selepas keturunan anak-anak Nabi Adam
dimasuhkan kerana manusia telah berkembang biak.
Menurut sesetengah kitab, Siti
Hawa telah melalui 41 kali kelahiran dan setiap kelahiran adalah kembar
dua iaitu lelaki-perempuan. Hanya
kelahiran terakhir (ke-41), Nabi Adam dan Siti Hawa melahirkan seorang anak
bernama Syith, yang diangkat oleh Allah SWT menjadi nabi kerana mewarisi
kecerdasan Nabi Adam (diperturunkan ilmu-limunya kepada Nabi Syith).
Adalah dikatakan usia dan hayat
Nabi Adam & Siti Hawa adalah 930 tahun. Inilah ketentuan Allah yang
menganugerahkan umur panjang kepada Nabi Adam dan Siti Hawa agar menurunkan
jenerasi supaya berkembang populasi yang berganda dengan banyak dan cepat
serta memimpin anak-cucunya mentadbir bumi sepertimana perintah Tuhan.
Begitulah perumpamaan bumi
sebagai ‘pentas sandiwara’ yang mempersembahkan ceritera kepada Tuhan dengan
watak-watak utamanya ‘dimainkan’ oleh Manusia yang majoritinya mewakili watak
‘baik’ dan sebahagian manusia lainnya memegang watak ‘jahat’ yang diketuai oleh
‘Iblis’. Intisari ‘Ceritera Bumi’ adalah pertentangan antara ‘Kebaikan’ dan
‘Kejahatan’ dan menjadi motif utama sandiwara. Dan Allah memperingatkan kepada
manusia bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara sebaliknya kehidupan akhirat jualah yang terbaik
dan kekal abadi. Kehidupan bumi hanyalah ibarat mimpi dan hidup di akhirat adalah kehidupan sebenar.
“Tidakkah engkau
(hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan
kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan
perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah
zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka
diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada
manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi.
Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami,
mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak
biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?"
Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia
ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari
akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih
mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit
pun".
Seterusnya, ceritera bumi disambung oleh
keturunan Adam. Nabi Idris adalah generasi 6 dan Nabi Nuh adalah generasi ke-9
seperti berikut ( catatan tahun adalah kemungkinan tidak tepat):
1. Adam (Nabi dan Rasul) – (5872 – 4942 SM)
2.
Syith (Nabi)
3.
Anusy
4.
Mahlail
5. Yarid
6. Idris (Nabi dan Rasul) – (4533 – 4188 SM)
7. Metusyalih
8. Lamik
9. Nuh (Nabi dan Rasul) – (3993 – 3043 SM)
Kisah Nabi Idris a.s. :
Kisah
Nabi Nuh:
Jenerasi keturunan Adam
berterusan sehinggalah ke Nabi Nuh. Dalam tempoh persambungan jenerasi
tersebut, berlakulah penyelewengan terhadap syariat Adam yang menyuruh umat
turunanya hanya beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT). Ketika itulah
Iblis mengambil kesempatan ketika mana tiada lagi orang yang berpegang kuat
kepada keimanan mentaati Allah SWT, membisik serta menipu manusia untuk
menyeleweng akidah mereka. Sebagaimana di catatkan dalam kitab-kitab lama
(ahlul kitab) terdapat lima orang yang soleh yang merupakan moyang dan datuk (Wadd, Suwa’, Yaguths, Ya’uq dan
Nasr) kepada Nabi Nuh. Mereka inilah yang meneruskan Syariat Nabi Adam dan Nabi
Idris membimbing kehidupan berlandaskan peraturan dan keimanan yang ditetapkan
oleh Allah SWT. Namun setelah kematian mereka, ‘ruang kosong pemimpin syariat
agama’ berlaku dan manusia ketika itu kembali menjadi kufur dan syirik kepada
Allah. Iblis telah menipu manusia ketika itu dengan menyuruh mereka membuat
patung-patung orang-orang soleh tersebut agar menjadi tanda ingatan dan
akhirnya menjadi budaya menyembah patung-patung tersebut. Motif ceritera
sandiwara kehidupan manusia di bumi fana ini kembali berulang dan akan sentiasa
berulang-ulang sehingga ke akhir Zaman. Watak jahat utama yang dipegang oleh
Iblis akan tetap juga untuk memesongkan akidah manusia agar mereka menjadi
pengikutnya dan menemaninya di dalam neraka di akhirat kelak. Itulah sumpahnya
dengan Allah SWT setelah ia membantah perintah Allah SWT agar bersujud kepada
Adam sewaktu Allah selesai menciptakan Adam. Iblis diangkat Tuhan sebelumnya
sebagai ketua malaikat dan iblis sebenarnya adalah dari keturunan Jin yang
Allah ciptakan dari unsur api. Sedikit jua kesilapan Iblis yang menyebabkannya
dilaknat oleh Allah SWT – dengki, sombong dan angkuh kerana merasakan dianya
lebih mulia dari Adam kerana Allah ciptakannya dari api, sedangkan Adam Allah
ciptakan dari tanah. Maka dendamnya ke atas Adam (menjadi sebab dia dilaknat
dan dihalau dari syurga) dan keturunannya (manusia) berterusan sehingga ke
akhir zaman. Pergolakan dunia dari dahulu sehingga kini dan seterusnya ke akhir
umur dunia ini sebelum berlaku Qiamat Qubro (kehancuran total dunia dan alam)
adalah perancangan dan usaha Iblis yang dibantu oleh tentera-tenteranya dari
jin dan manusia kafir. Peranannya hanyalah disebalik tabir dan perlaksanaan
rancangan-rancangannya dilaksanakan oleh manusia-manusia jahat. Episod pertama
ceritera sandiwara bumi ini Allah tamatkan dengan menurunkan azab untuk
melenyapkan kejahatannya hanya menggunakan ‘senjata’ yang mudah – AIR!. Allah
telah menimpakan banjir mega yang meliputi seluruh bumi dan menyelamatkan Nabi
Nuh serta pengikut-pengikutnya yang beriman kepada Allah untuk meneruskan
episod kehidupan manusia seterusnya. Episod Dua Ceritera Sandiwara Bumi pun
bermula…………….
EPISOD DUA SANDIWARA BUMI
Empat orang nabi lahir dari Keturunan Nuh,
dilantik oleh Allah SWT menjadi Rasul untuk memimpin kaumnya agar tidak
diperdaya oleh Syaitan dan menjadi kufur. Silsilah empat nabi tersebut adalah
seperti berikut:
Seperti
kaum Nabi Nuh maka kaum Nabi Shalih (Samud), kaum Nabi Hud (‘Ad) dan kaum Nabi
Lut (sodom) juga Allah lenyapkan dari mukabumi ini dengan azab bencana angin
ribut, gempa bumi dan gunung berapi kerana kekufuran , kejahatan serta kezaliman
yang telah mereka lakukan. Mereka kembali menyembah patung-patung serta makhluk
serta benda yang Allah ciptakan dan
menyengutukan Allah. Dosa syirik adalah dosa paling besar yang Allah bersumpah
dengan diri Nya untuk tidak memberi keampunan kepada manusia yang
melakukannya. Maka kelansungan kehidupan
manusia diteruskan dengan keturunan manusia yang lahir dari zuriat Nabi Ibrahim
yang mendapat gelaran ‘Bapa
Bangsa-bangsa Manusia’. Berpandukan kitab Al Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW bahawa dari 2
isteri Nabi Ibrahim iaitu Hajar dan Sarah (Isteri pertama) maka lahirlah dua
orang anak yang juga Allah lantik menjadi Nabi dan Rasul, iaitu Nabi Ismail (ibu
Hajar) dan Ishaq (ibu Sarah). Dalam kitab-kitab tua (tidak dapat diputuskan
tepat/benar) Nabi Ibrahim juga mempunyai isteri ketiga bernama Keturah (bangsa
Madyan – bangsa yang menurunkan bangsa-bangsa seperti Aryan, Asyria, Mongolia dsbnya). Nabi Ibrahimlah yang
menurunkan bangsa-bangsa utama yang ujud sehingga hari ini iaitu Bani Israel
dan Bani Arab. Berikut adalah silsilah keturunan Nabi Ibrahim:
Negara Beraja Yang Wujud Semasa dan Selepas Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim lahir dan dibesarkan di tengah-tengah masyarakat
dalam Kerajaan Babylon yang diperintah oleh Rajanya yang bernama Namrud Bin
Kana’an (dipercayai adalah turunan dari kaum Nabi Lut yang terselamat dari
banjir besar dunia). Kerajaan Babylon memiliki peradaban serta sistem hidup
yang makmur namun pemerintahan Rajanya adalah secara kuku besi. Rakyat Babylon
menyembah patung-patung yang menjadi tuhan-tuhan mereka.
Kepuasan Raja Namrud tidak
terbatas dan akhirnya memerintahkan rakyat untuk menyembahnya sebagai tuhan.
Ditengah kepincangan kepercayaan inilah Nabi Ibrahim ‘mencari’ Tuhan yang
sebenarnya. Nabi Ibrahim tidak dapat menerima serta menolak perbuatan menyembah
patung-patung serta raja yang juga seorang manusia. Bapanya sendiri, Azar bin
Tahur adalah seorang pembuat patung untuk dijadikan ‘tuhan sembahan’ dan
menjualnya kepada kaumnya. Firman Allah:
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa
dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang
aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.”
Kisah Nabi Ibrahim:
Empayar Besar Kerjaan-kerajaan
Yang Ujud Pada Era Sebelum Masehi (Sebelum Kelahiran Nabi Isa).
Sebelum kita membicarakan tentang perkembangan tamadun manusia
seterusnya, adalah penting untuk kita membahagikan era dan zaman mengikut
perkiraan tahun. Umat Kristian, malah digunapakai hingga kini meggunakan
kaledar masihi, yakni bermulanya kelahiran Nabi Isa sebagai Tahun 1 Masehi (M). Tahun-tahun sebelum kelahiran Nabi
Isa adalah apa yang mereka panggil sebagai Sebelum Masihi (SM). Istilah yang sama dalam Bahasa Inggeris ialah ‘Common
Era / CE’ (Masehi) dan ‘Before Common
Era/ BCE’ (sebelum masehi).
Nota:
Kiraan Tahun Sebelum Masehi adalah bermula dengan angka besar dahulu, tidak seperti
Tahun Masehi yang bermula dari 1 yang menunjukkan tahun pertama
Pada dasarnya, empayar-empayar kerajaan-kerajaan yang ujud pada
era atau zaman sebelum masiehi adalah terdiri dari 3 pecahan (mengikut
kronologi tahun SM) iaitu:
1. Kerajaan Mesir Tua (2660 –
2180 SM)
Ujudnya kerajaan ini setelah Mesir Hulu
dan Mesir Hilir (Sungai Nil) disatukan oleh Menes (raja yang memakai mahkota
kembar). Zaman ini juga disebut sebagai Zaman Piramid seperti Piramid Sakarah
yang dibina semasa Zaman Firaun Joser. Piramid Gizah adalah makam Firaun
Cheops, Chifren dan Mengkawa. Jatuhnya kerajaan ini adalah kerana berlakunya
kekecohan pemerintahan dalaman serta serangan-serangan oleh bangsa-bangsa luar
seperti dari Asia kecil.
2.
Kerajaan Mesir Tengah (1640 – 1570 SM)
Kerajaan ini adalah hasil penyatuan semula
Mesir Tua yang berpecah (Mesir Hulu dan Hilir) oleh Sesotris III. Ia membuka
tanah pertanian, membangun projek saliran air dan meningkatkan perdagangan
dengan Palestina, Syria dan pulau Kreta. Sesotris III juga berhasil
memperluaskan wilayahnya ke Selatan hingga ke Nubia (kini Ethiopia). Kerajaan
mengalami kehancuran setelah diserang dan ditakluk oleh Bangsa Hyksos.
3.
Kerajaan Mesir Baru (1570 – 1075 SM)
Setelah
diperintah oleh bangsa Hyksos, Mesir memasuki zaman kerajaan baru atau zaman
imperium. Disebut sebagai zaman imperium kerana para Firaun Mesir berhasil
merebut wilayah/daerah di Asia Barat termasuk Palestina, Funisia dan Syria.
Firauan (Raja) Ramses inilah salah
seorang yang memerintah Kerajaan Mesir Baru dan dikatakan ianya adalah sezaman
dengan Nabi Musa.
4.
Kerajaan Parsi (Persian
Empayar) – (490SM)
bersambung ke : Episod Akhir Sandiwara Bumi II .............